Baru-baru ini, satu video tular telah membangkitkan kemarahan netizen setelah entri itu memaparkan beberapa orang individu sedang berkelah di kawasan kubur.
Menerusi video berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat individu-individu berkenaan siap membentang tikar dan memainkan lagu seolah-olah sedang berkelah di tepi pantai.
Hari tu berkelah kat mall , lepas tu dalam parking kereta, ini paling sadis…berkelah kat kawasan kubur pula……lepas ni apa pula …macam² la diorg ni…??♂️??♂️??♂️ pic.twitter.com/9KkEVTr38Z
— Prince Yoshiro (@Cool_Wannabe82) January 21, 2024
Perkongsian itu meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya mengkritik perbuatan tersebut dan berpendapat individu-individu di dalam video itu tidak menghormati kawasan kubur.
Antara komen yang diterima:
“Bodoh jenis apa tak tahu adab kubur!”
“Macam takde tempat lain nak buat macam tu,”
“Tidak boleh kata apa-apa ketika nafsu menguasai minda. Jangan membuang masa menasihati golongan seperti ini.”