Skip to main content

Berita Tempatan

“Bertuah Ibu Bapa Yang Dikurniakan Anak Istimewa...”- Chef Wan

chefwananak.jpg
Chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan kagum dengan anak-anak istimewa yang cacat penglihatan dari sebuah sekolah.
 
Chef Wan berkata melihat kepada kecekalan mereka menempuh hidup dan terus bersekolah membuatkan hatinya tersentuh.
 
“Seumpama seorang Ayah menghantar anak-anak ke sekolah dan seperti arwah bapa lakukan saya cium dahi pelajar buta ini.
 
“Memori itu membuatkan saya rasa sangat sedih, sayang dan hormat kepada anak isitimewa ini.
 
“Saya doakan agar anak ini sentiasa dilindungi Allah,” katanya.
 
Chef Wan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
 
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya mengucup dahi anak istimewa tersebut.
 
Menurut bapa kepada pelakon Serina Redzuawan ini golongan ini perlu dibantu dan diberikan perhatian sepatutnya.
 
“Bertuah ibu bapa yang juga mendapat anak istimewa ini dengan segala ujian hidup dan dugaan hidup.
 
“Kepada anak-anak sekolah yang lain mahu pun masyarakat sama-sama lah kita membantu mereka ini untuk gembirakan hati mereka.
 
“Serta buat banyak kebaikan dan bukan penganiayaaan terhadap mereka ini,” katanya lagi.
 
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang bersetuju dengan pendapat Chef Wan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Morning..Saya cium dahi murid buta ini semlm after he onbehalf of the school presented me a momento. After chatting seketika about him and knowing from the school how courages and determine that this child has to finished school despite being blind all his life my heart just went to him feeling so proud and moved. Seumpama seorang Ayah menghantar anak2nya ke sekolah as my late dad usually would kissed my forehead suddenly yesterday that memory Allah bayang kan semula and it make me feel deeply sad, much love and respect for this kid that made me do this. My heart say to Allah ketika ini please God let him into your arm and look after this special child blessing his life selamanya doa saya kepada beliau. Bertuah ibu bapa yang juga mendapat anak istimewa ini dgn segala ujian hidup dan dugaan hidup. Kepada anak2 sekolah yg lain2 mau pun masyarakat sama2 la kita membantu mereka2 ini untuk gembira kan hati mereka dan buat banyak kebaikan dan bukan penganiayaaan terhadap mereka2 ini. I think so many times nak post ke tidak takut " Ada orang" will abused pulak photo ni tuduh saya Pedophile pulak mcm my x son in law tu gila nak dapat kan custody jaga anak2 dia from Ibunya ! Really a sick man up there..?

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Advertisement

Must-Watch Video