Skip to main content

Trend Pasaran

Bercuti Di Cameron Highland, Netizen Usik Baju Berbulu Isteri Prince Syed Macam Burung Sesame Street - “Bosan-Bosan Boleh Terbang”

astro_gempak_bercuti-di-cameron-highland-netizen-usik-baju-berbulu-isteri-syed-macam-burung-sesame-street.jpg
Penampilan isteri kepada usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed iaitu Fatin Syazwani menjadi perhatian netizen.


Fesyen disamakan dengan burung sesame street

 
Menerusi perkongsian di TikTok, Prince Syed berkongsi momen manis ketika mereka bercuti di Cameron Highland.
 
Namun lain pula jadinya apabila netizen lebih tertarik dengan penampilan isterinya yang memakai pakaian merah jambu disertakan dengan rambu-rambu besar menyerupai bulu kepak burung bewarna kuning keemasan.
 
Malah kapsyen pada hantaran yang dibuat Prince Syed juga dikatakan tidak kena dengan fesyen isterinya.
 

“Kami suka pakai baju simple sahaja macam ni kalau nak pergi bercuti, sebab percutian singkat jadi pakai simple sudah, janji selesa,” tulisnya.

 
Di ruangan komen, rata-rata netizen mengusik isterinya dengan menyamakan pakaian itu dengan watak popular dalam rancangan Sesame Street, Big Bird.
 
Berikut merupakan video penuh Prince Syed:
@prince.syed.shahid

kami suka pakai baju simple jer macam ni kalau nak pergi bercuti , sebab percutian singkat so pakak simple sudah janji selesa

♬ Horror Sound Music - Mauro Rawn

Advertisement

Must-Watch Video