Penyanyi kumpulam Slam, Zamani Ibrahim, mengakui akan lebih berhati-hati selepas ini dalam apa juga perkara yang dilakukan dalam kerjayanya.
Menurut Zamani, dia kesal apabila tindaknya mengeluarkan single baharu, Tambatan Hati yang tidak berkualiti menjadi punca lagu itu tidak mendapat sambutan daripada peminat.
"Sebelum ini saya ada berkongsi single baharu saya yang masih belum siap sepenuhnya di akaun media sosial.
"Namun disebabkan lagu itu masih belum sedap didengar, ia menjadi punca orang ramai tidak mendengar lagu itu walaupun saya telah melancarkan single tersebut secara rasmi.
"Mungkin itu merupakan salah saya dan membuatkan saya serik untuk berkongsi single baharu yang belum siap sepenuhnya kepada peminat.
"Saya pun belajar daripada kesilapan mungkin lepas ini kalau nak keluar single baharu saya akan lebih memastikan dari segi kualiti dan promosi lagu itu berjalan seiring," katanya kepada Astro Gempak.
Zamani berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Pentas Maya Bersama Zamani di Kafe Sakura Kristal, baru-baru ini.
Konsert Pentas Maya Bersama Zamani yang dianjurkan Pentas Maya dengan kerjasama Mobilewerkz Technologies akan diadakan pada 2 Mei ini.
Ia merupakan konsert pertama yang diadakan secara atas talian.
Peminat boleh melayari laman web www.pentasmaya.com untuk mendapatkan akses menonton konsert tersebut dengan harga sebanyak RM30.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi