Skip to main content

Berita Tempatan

"Baca Kapsyen Aku Elok-Elok..."- Baby Shima Berang Netizen Dakwa Dirinya Suka Kecam Orang

shima.jpg
Penyanyi Baby Shima menempelak tindakan netizen yang mendakwa dirinya suka mengecam orang lain gara-gara memuat naik sebuah video sindiran berbentuk lagu rap berbaur sindiran kepada Da'i Farhan yang dikongsikan menerusi Instagram TV (IGTV) miliknya.

Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 27, berkata video tersebut bukanlah dikongsikan dengan niat mengecam, sebaliknya, berbentuk satu pujian terhadap bakat yang dimiliki oleh rapper dalam video tersebut.

"Baca kapsyen aku elok-elok. Tak nampak tang mana aku kecam orang. Aku puji suara orang yang menyanyi ni pun dikira kecam ke?

"Ada sahaja nak mencari point kesalahan orang lain," tulisnya.




Shima meluahkan hal tersebut sebagai respons kepada salah seorang netizen yang meninggalkan kritikan di ruangan komennya yang menyifatkan tindakan Shima berkongsi video tersebut adalah tidak wajar.

"Tak nak orang kecam kau, tapi kau sendiri suka-suka kecam orang. Benda semua tak tahu apa jadi, rileks santai kat Bali sudahlah," tulis individu berkenaan.

Terdahulu, bekas peserta Big Stage itu memuat naik video lagu rap sindiran yang mengaitkan nama Da'i Farhan.

Bagaimanapun, menerusi ruangan kapsyen, Shima memuji lagu tersebut.

"Best pula lagu ni 18/19 Masya-Allah, auranya. Bestlah suara rap @apacita_djms terbaik," tulisnya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

best lah suara rap @apacita_djms terbaikkkk?

A post shared by BABY SHIMA DAA3 BIGSTAGE (@babyshimaofficial) on


 

Must-Watch Video

Advertisement