Skip to main content

Berita Tempatan

"Andai Kata Ada Rezeki Dapat Anak, Biarlah Anak Aku Ini ....." - Izzue Islam

izzue_2.jpg
Pelakon Izzue Islam berharap agar suatu hari nanti jika dikurniakan seorang anak dia mahu zuriatnya itu mempunyai perangai yang sama isterinya, Awin Nurin.

Menerusi entri di Instagram (IG), Izzue sepotong video sikap isterinya yang sentiasa membuat dirinya terhibur.

"Kene lagi aku! Tak apalah, satu je harapan aku. Andai kata ade rezeki dapat anak, biarlah anak aku ni perangai sama macam @awinnurin . 

"Biarlah dia nak conteng muka ke kereta ke baju ke atau apa-apa jelah yang ada pada aku. 

"Jangan dia conteng hati & perasaan orang yang belum tentu orang tu akan maafkan dia, jangan conteng arang dimuka bapak sudah," tulisnya.
 

Menerusi ruangan komen rata-rata berharap agar Izzue dan isterinya akan dikurniakan zuriat dan berharap agar mereka tidak berhenti berdoa dan terus berusaha.

"@nadzirah_khalid:bSemoga Pok Ju dengan Kak Awin dikurniakan zuriat yang soleh & solehah aminn."

"@djumadoe: Naisss Pok Ju. Bradah doakan Pok Ju dengan sis Awin bakal dikurniakan cahaya mata nanti."

"@diladanialdaniadidi88: Peh kulit peloles kalah wanita. Semoga ALLAH makbul doa awak dapat baby @izzueislam tak kesah perangai macam mak dia pun kan @awinnurin."


Izzue dan Awin telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 selepas bercinta selama lima tahun.

Must-Watch Video

Advertisement