Skip to main content

Budaya Popular

"Walaupun Itu Anjing, Tapi Kita Sebagai Manusia Kena..." -  Netizen Puji Usaha Maya Karin

mayakarin-newbefunky-collage.jpg
Aktres jelita Maya Karin berkongsi sekeping foto anjing liar yang datang menumpang berteduh di rumahnya.
 
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
 
Menurut Maya, anjing itu datang ke rumahnya dalam keadaan takut selepas dibaling batu oleh penduduk setempat.
 
"Anjing kecil ini datang menumpang ke rumah saya beberapa minggu lalu.
 
"Kena baling batu, takut manusia sampailah jumpa rumah saya and my friend Ana.
 
"Still scared but calming down now, Ana beri makan hari-hari dan anjing tu dah mula jaga rumah, Ana namakan dia Comot,"
tulis Maya sebagai kapsyen.
 
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memuji kebaikan Maya yang memberi perlindungan kepada anjing tersebut.
 
"Baiknya Maya, walaupun itu anjing, kita sebagai manusia kena pelihara, kena ada sifat manusia, binatang apapun ciptaan Allah.
 
"Pure heart.
 
"Be good and he will give the best of him, trust me,”
tulis netizen.
 

Sedikit info mengenai Maya, aktres kelahiran Jerman ini mulai aktif di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
 
 

Must-Watch Video

Advertisement