Skip to main content

Budaya Popular

“Tutup Tahun 2020 Dengan Gambar Al-Quran” - Ammar Alfian Khatam Al-Quran Kali Ketiga

ammar-khatam-header.jpg
Pelakon Ammar Alfian terus memberikan inspirasi kepada pengikut Instagramnya apabila berjaya khatam al-Quran sebelum mengakhiri tahun 2020.

Kongsi Ammar menerusi Instagramnya, itu merupakan kali ketiga khatam al-Qurannya selepas kali terakhir pada usia 15 tahun.

“Cara terbaik untuk mengakhiri tahun 2020 dengan berkongsi gambar bersama senaskhah al-Quran. Alhamdulillah saya akhirnya berjaya khatam al-Quran tahun ini buat kali ketiga.

“Kali pertama ketika saya berumur 10 tahun dan kali keduanya ketika berusia 15 tahun,” tulisnya.



Kata Ammar tidak sukar untuk menyudahkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan hidupnya kini beransur tenang.

“Sejujurnya bagi saya tidak susah sekiranya kita ikhlas untuk memahami Islam. Hanya dengan melaksanakan perkara paling mudah iaitu bersolat dan membaca al-Quran. Kita akan beroleh ketenangan.

“Ingatlah dengan mendirikan solat, kita berkomunikasi dengan Allah dan dengan membaca al-Quran, Allah sedang berbicara dengan kamu. Saya doakan semua orang akan menemui ketenangan hidup di dunia dan akhirat,” tambahnya.

Advertisement

Must-Watch Video