Pelakon Nadya Syahera mengimbas kembali kenangan sewaktu kali pertama lakonannya ditayangkan di kaca televisyen.
Menerusi akaun Instagramnya, Nadya berkongsi foto sedutan telemovie lakonannya yang berjudul ‘Aku Bukan Haji’.
Menurut Nadya, dia juga berasa malu ketika menonton hasil lakonannya sendiri.
“Kali pertama saya muncul di kaca televisyen haha. Masa ni terus jadi heroin dalam telemovie ‘Aku Bukan Haji’ sembilan tahun lalu untuk @alhidayahproductions.
“Masya-Allah zero terus tak tahu apa langsung. Malam jumpa director lusa terus shoot. Tak tahu apa langsung pasal shooting, cameraman konti ke apa semua tak tahu. Tengok skrip pun dah cuak.
“Bergandingan dengan nama hebat pula @ashrafmuslim ibu @fauziahnawi dan banyak lagi.
“Masa ni tengok diri sendiri pun rasa malu gila. Lepas habis telemovie ni terus berhenti tak nak berlakon dah. Setahun lepas tu baru mula balik mula dari extra balik,” tulisnya.
Bagaimanapun menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyukai lakonan Nadya dan melabelkannya sebagai salah seorang pelakon yang berbakat.
“Aku satu family suka betui dok tengok hang belakon. Tak nampak kekok langsung na,” komen @faradyana
“Sekarang makin mantap lakonannya,” komen @putihlilin
Terdahulu Nadya mula dikenali dengan drama bersiri Dia Semanis Honey dan Abang Bomba I Love You selain sinonim dengan karakter jahat.