Skip to main content

Budaya Popular

Sering Cedera Semasa Penggambaran Filem Aksi… Hairul Azreen Puas

hairul.jpg
Pelakon Hairul Azreen bersyukur dikurniakan seorang isteri, pengacara Hanis Zalikha yang memahami bidang yang diminatinya.

Menurut Hairul, pada awalnya, Hanis risau dengan keadaan dirinya yang sering terdedah dengan bahaya dan boleh mengalami kecederaan apabila berada di set penggambaran filem aksi.

"Masa kami kenal, Hanis dah tahu saya orangnya macam mana. Bayangkan, sebelum ini saya berada di tengah laut dengan ‘line’ telefon yang langsung tak ada.

"Saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi di rumah, sama juga dengan Hanis… Tanpa khabar berita daripada saya di sana.

"Isteri mana yang tidak risau… Tapi lama kelamaan dia faham apa yang saya lakukan itu bersebab.

"Hanis tahu dengan kerja dan bidang yang saya minat. Dia memang seorang isteri yang memahami suaminya," katanya kepada Gempak.

Hairul ditemui ketika majlis sidang media filem Wira yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tambah pelakon filem Paskal The Movie ini, pada mulanya dia berharap supaya tidak ada sebarang kecederaan yang akan berlaku dalam filem Wira.

"Pada awalnya, saya berharap tidak akan mengalami sebarang kecederaan tetapi ia tetap berlaku.

"Kecederaan itu berlaku selepas saya sahur. Pada masa yang sama, saya masih berada dalam keadaan mengantuk.

"Ada satu babak yang memerlukan saya terjun dan itu menjadi punca saya mengalami kecederaan.

"Namun, ia adalah kepuasaan untuk diri saya dalam bidang lakonan sebagai seorang 'stuntman'..” tambahnya lagi.

Selain Hairul, filem Wira turut menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia antaranya Fify Azmi, Henley Hii, Yayan Ruhian, Ismi Melinda dan ramai lagi.

Filem arahan pengarah Adrian Teh ini bakal ditayangkan pada 21 November 2019.

Must-Watch Video

Advertisement