Skip to main content

Budaya Popular

Sekali Lafaz Yuna Bergelar Isteri Adam Sinclair...Nikah di Bentong, Pahang

yuna-adam-sinclair-nikah.jpg
Dengan sekali lafaz penyanyi berbakat besar Yunalis Datuk Mat Zara’ai atau Yuna sah bergelar isteri kepada Adam Yousof Mohamed Sinclair.
 
Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu berlangsung di Puncak Rimba, Bentong Pahang.
 
Yuna yang berwakil walikan ayahandanya selamat diijabkabulkan dengan Adam oleh Ustaz Azmi dari Majlis Agama Bentong, Pahang pukul 7 petang, Jumaat.
 
Dalam majlis serba sederhana tetapi meriah yang dihadiri 300 tetamu jemputan itu menyaksikan pengantin lelaki memberi tujuh dulang hantaran dibalas sembilan oleh pihak perempuan.
 
Dalam pada itu kedua mempelai mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan dari semua pihak.
 
Wedding photo by : weddingsbyqay

Decoration by         : the_calla
 
Dress by                   : hattadolmat_
 

Advertisement

Must-Watch Video