Skip to main content

Budaya Popular

"Sebab Saya Nak Tidur Bawah Ketiak Suami" - Shima Anuar Kongsi Cara Ajar Anak Tidur Asing Di Bilik Sendiri

shima_3.jpg
Pelakon Shima Anuar berkongsi cara untuk mengajar anak-anak tidur di bilik mereka sendiri tanpa ditemani ibu bapa.

Kata Shima, anaknya sudah diajar sejak umur mereka enam bulan lagi.



"Macam mana nak asingkan anak kecik tidur bilik lain? Saya dah pernah kongsi dulu. Tapi kalau yang baru follow saya, ok saya kongsi balik sebab ramai tanya haritu.
 
"Letak je bilik lain. Bilik diorang sendiri. Tapi kalau tak ada bilik extra, mungkin boleh asingkan dari katil ibu bapa. Memang daripada Sophia kecik saya dah buat macamni.

"Bermula 6 bulan, dah kena tidur bilik sendiri. Tapi bilik sebelah-sebelah jela. Kena mula awal, kalau diorang dah besar memang susah sikit.

"And yes diorang akan bangun nak susu. Pergi ja bilik diorang. 12 kali sekalipun, kene ulang alik bilik diorang. Jangan bawak diorang dalam bilik kita.

"Letak la kamera ke apa ke. Kalau takut tak dengar diorang nangis. Tapi memang penat gila la. Sampai kadang-kadang tu sakit kepala sebab kejap-kejap bangun tidur, bangun tidur. Tapi tu la cara dia," tulisnya di Instagram (IG).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Soalan : Macam mana nak asingkan anak kecik tido bilik lain..? (I dah pernah share dulu. Tp kalau yg baru follow i, ok i share balik sbb ramai tanya haritu.) Jawapan : Asingkan jela. ? Letak je bilik lain. Bilik diorang sendiri. (Tp kalau tak ada bilik extra, maybe boleh asingkan dari katil parent.) Memang drpd Sophia kecik i dah buat macamni. Start 6 months, dah kena tido bilik sendiri. Tp bilik sebelah2 jela. (kena start awal. kalau diorg dah besar memang susah sikit.) And yes diorg akan bangun nak susu. Just go to their room. Doblas kali sekalipun, kene ulang alik bilik diorg. Jangan bawak diorg dlm bilik kita. Letak la camera ke apa ke. Kalau takut tak dengar diorg nangis. But memang penat gila la. Sampai kadang2 tu sakit kepala sbb kejap2 bangun tido, bangun tido. Tapi tu la cara dia. Kenapa buat macamni? Nak ajar diorg berdikari. Diorg tau tempat tido diorg sendiri. (Mommy boleh peluk daddy) ??? Tp kadang2 bila dah tak larat sgt, mommy tido je atas katil diorg. Katil diorg i pakai katil biasa je. Queen size. Pastu beli je penghadang kiri kanan tu supaya tak ada yg tergolek. ??? Penghadang tu boleh beli dekat Lazada. Search je bed rail. Before beli, please measure panjang tilam siap2. Panjang tilam tau bukan panjang katil. Sebab kaki benda tu kene letak bawah tilam. Jangan salah beli pulak. Ok, ni cara i untuk anak2 i. I share kpd yg tanya je. Sbb lain parent lain caranya. Ada parents yg nak anak tido bawah ketiak diorg. I tanak. Sbb i nak tido bawah ketiak somi i. Kbye! ??

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on

Dalam pada itu, pelakon drama Sha & Shah menyatakan tujuan dia mengasingkan adalah untuk mengajar anak-anak berdikari di usia muda. 

"Kenapa buat macamni? Nak ajar diorang berdikari. Diorang tau tempat tidur diorang sendiri. Mommy boleh peluk daddy.

"Tapi kadang-kadang bila dah tak larat sangat, mommy tidur je atas katil diorang. Katil diorang saya pakai katil biasa je. Queen size.

"Pastu beli je penghadang kiri kanan tu supaya tak ada yang tergolek. Penghadang tu boleh beli dekat Lazada. Search je bed rail.

"Sebelum beli, tolong ukur panjang tilam siap-siap.  Panjang tilam tau bukan panjang katil. Sebab kaki benda tu kene letak bawah tilam. Jangan salah beli pulak.

"Ok, ni cara saya untuk anak-anak. Saya kongsi kepada yang tanya je. Sebab lain parent lain caranya.

"Ada parents yang nak anak tidur bawah ketiak diorang. Saya tanak. Sebab saya nak tidur bawah ketiak suami," tulisnya lagi.

Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada April 2017.
 
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Marian Sophia dan Mikhael Imaan.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Advertisement

Must-Watch Video