Skip to main content

Budaya Popular

"Saya Belum Pernah Sampai Ke Sana Lagi ..." - Tomok Simpan Hasrat Untuk Ke Tanah Suci

raf-befunky-collage_2.jpg
Penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan mendedahkan ibunya telah berangkat menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga semalam.

Tomok menerusi akaun Instagram (IG) miliknya mendoakan kesihatan ibunya malah dipermudahkan urusan ketika berada di sana.

Tomok juga memohon kepada pengikutnya agar mendoakan semoga dia turut sama mendapat peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.

"Semoga diberikan kesihatan yang baik buat ibu saya yang baru saja berangkat mengerjakan umrah.

"Begitu juga buat semua ibu saudara saya dan keluarga  serta jemaah yang lain.

"Semoga dipermudahkan..Semoga mendapat umrah yang mabrur.

"Saya belum pernah sampai ke sana lagi..Insyaallah panjang umur nak pergi jugak nanti..Doakan saya ya," tulis Tomok.

Rata-rata pengikut Tomok turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah ibunya berjalan lancar.


Must-Watch Video

Advertisement