Terkini, Nabila yang popular menerusi lagu Pematah Hati tampil dengan single terbaru ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang berjudul Vroom Vroom.
Biarpun lagu terbabit mendapat sambutan yang positif, masih ada segelintir peminat yang meragui kredibiliti vokal Nabila dan memberikan komen berunsurkan kritikan yang menjatuhkan.
Terbaru, menerusi laman sosial Twitter, Nabila memberikan respon terhadap salah sebuah tweet yang mengutuk dirinya.

"Suara Nabila Razali ni kenapa macam bodoh sangat? Macam karok pun ada jugak kahkah. Gila dah kot boleh jadi artis," tulis seorang pengguna Twitter.
Tidak berdiam diri, ini tindakan Nabila.
"Maaflah suara saya macam bodoh. Ampun ya sis," jawab Nabila.
Maaf la suara saya mcm bodo. Ampun ya sis. https://t.co/E2mOy8r3X0
— VROOM VROOM ? (@_nabilarazali) January 29, 2019
Nabila juga turut memberikan pendapat terhadap kritikan melampau yang menggunakan kata-kata kesat.
Constructive comments is helpful. But not those words that my parents didn’t teach. Unless if yours did :)
— VROOM VROOM ? (@_nabilarazali) January 29, 2019
Most of the harsh tweets, tweeted by the ones who talks about HIM, shares religious tweets & quotes. #Sad
— VROOM VROOM ? (@_nabilarazali) January 29, 2019
Dalam pada itu, rata-rata peminat meminta agar Nabila tidak melayan mereka yang memberikan kritikan berbaur kebencian.
ignore je sis tak payah naknlayan sangat perangai netizen mcm ni semua benda tak kena diaorg nak apa pun tak tau lah semoga sis maju ke depan btw mak saya suka tgk sis berlakon ?
— Wanchu Wani ?? (@azwanibtabdaziz) January 29, 2019
Those people who are trying to pull you down is because they are below you.. Makes sense..? So, chill jer..
— Shahrul Izwan (@Ezzy_Izwan) January 30, 2019
Takyah layan depa jealous ! ☹️
— hdyh (@hdyhmn) January 30, 2019
Masing2 ade karakter tersendiri.. bella pun ade karakter yg tersendiri..at least bella berjaya..❤️
— Fatin.nurhuda (@NurhudaFatin) January 30, 2019
ade hati nak ckp org bodo..takyah lah nak peduli org yg "Bodo" mcm tu bella❤️aku pulak yg gewram dgn spesies manusia mcmtu?
Jangan dilayan orang2 yg menghentam awak. Sekurangnya awak berusaha dan perbaiki setiap kelemahan awak. Pedulikan apa orang nk kata. Yg penting awak sentiasa berusaha untuk masa depan. Sejak dari af lagi abang tengok bella ada potensi untuk pergi jauh. Jangan putus asa k.
— Han Solo (@paandin10) January 30, 2019
Muzik video Vroom Vroom yang dilancarkan pada 23 Januari lalu kini menraih lebih 1.48 juta tontonan di laman YouTube dan kini berada di tangga ketiga carta trending YouTube Malaysia.