Skip to main content

Budaya Popular

Justin Bieber Sah Bertunang.... Ini Reaksi Selena Gomez

selenabefunky-collage.jpg

Bintang terkenal Hollywood, Selena Gomez dikhabarkan langsung tidak terkesan dengan berita pertunangan bekas teman lelakinya, Justin Bieber.

Ketika bekas kekasihnya berada di Bahamas untuk pertunangannya, Selena sedang menikmati percutian bersama rakan-rakan di atas sebuah kapal mewah dan berlayar di sekitar perairan kota New York.

Gambar dan juga video percutian mereka telah dimuat naik di akaun Instagram rakan-rakan Selena.

Menurut sumber, Selena hanya mahu menumpukan sepenuh perhatian pada dirinya sendiri dan pada masa yang sama, penyanyi itu akan melancarkan lagu terbaru tidak lama lagi.

Teks : Asraf Aided
Sumber : etonline.com

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement