Skip to main content

Budaya Popular

"Ingat Gila Ke Apa Nak Pakai Tak Selesa Untuk Baby .." - Pakaian Dikecam Netizen, Nina Iskandar Bidas Balik!

nina-(1).jpg
Pelakon Nina Iskandar menegaskan dia tidak perlu untuk menuruti kehendak segelintir netizen yang menetapkan pakaian yang harus dipakaikannya.

Isu ini timbul apabila Nina mendapat kecaman daripada pengikutnya kerana beranggapan pakaian yang digayakan itu terlampau ketat serta tidak sesuai untuk ibu hamil.

Jelas Nina dia berhak untuk menikmati setiap memori sepanjang proses kehamilannya.

"Saya tidak wajib berpakaian bagaimana anda mahu saya gayakan. Saya tidak berpakaian untuk menggembirakan orang lain.

"Jadi jangan beritahu saya cara berpakaian, cara hidup saya. Saya berhak menikmati setiap saat perjalanan kehamilan, sama ada anda suka atau tidak," tulisnya.



Tambah Nina dia masih berfikiran waras untuk memilih pakaian yang bersesuaian dengan keadaan dirinya sekarang.

Dalam pada itu, Nina turut mengingatkan kepada semua pihak untuk fikir terlebih dahulu serta tidak menghentam sesuka hati.

"Ingat gila ke apa nak pakai tak selesa untuk baby? Tidak ada lagi pakaian yang sesuai dengan saya, dah tentu-tentu pakaian yang saya pakai untuk wanita hamil jika anda bimbang.

"Fikir sebelum tegur. Jangan main bantai je kat komen. Guna otak, bahasa beradab sikit.

"Oh saya lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada netizen. Dalam pada korang busuk hati, cakap macam-macam kat I tau kecam je, rezeki I melimpah ruah.

"Tidak dilupakan pahala percuma juga! Dan ingat, korang kecam ibu mengandung sekarang.

"Esok lusa akan terkena pada korang juga. Mungkin pada diri anda. Mungkin pada isteri anda. Mungkin pada anak anda.

"Anda rasa semua di dunia ini datang secara percuma? Cukup I jaga hidup I, you jaga hidup you #SpreadLoveNotHate," tulisnya lagi.




Nina dan suaminya, penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah berkahwin pada April lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Difahamkan Nina mula mengenali suaminya yang juga seorang penolong pengarah ketika bekerjasama dalam drama Setelah Cinta itu Pergi, arahan Heykal Hanafiah.
 

Must-Watch Video

Advertisement