Skip to main content

Budaya Popular

Hilang Suara, Nourul Terpaksa Tarik Diri Buat Persembahan

nuorul.jpg
Penyanyi Nourul terpaksa menarik diri dari satu undangan persembahan di Putrajaya International Convention Centre akibat selsema dan batuk yang sangat teruk.

Nourul berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebagai penyanyi, jika bila tiba waktu jatuh sakit dan hilang suara, ianya adalah satu mimpi yang amat ngeri. Pasti untuk semua penyanyi. Suara adalah aset utama kami. Kemudian baru lah wajah badan dan seterusnya. Terpaksa mohon diri untuk tidak meneruskan persembahan saya esok di #picc di atas undangan kementerian Dan jabatan komunikasi kerajaan Malaysia bagi menghiburkan kesemua pesara pesara yang pernah bekerja di bawah mana mana jabatan komunikasi termasuk RTM. I was looking forward to this show esok tengahari. Tapi apakan daya. Semuanya pinjaman semata. Masa untuk saya berehat untuk dua minggu dari menggunakan suara kerana batuk dan selsema yang sangat sangat teruk. terima kasih tidak terhingga kepada RTM iaitu #nad yang memahami dan menerima artis gantian saya yang saya pilih. Terima kasih @ayudamit kerana sudi menjadi penyelamat akak. They will love you as you are one of the best too. Maafkan saya sekali lagi kerana tidak dapat menghiburkan semua pesara yang saya pasti rata ratanya kami pernha bekerjasama semasa mereka masih bertugas. Dan pastinya mereka juga adalah mereka yang meminati nyanyian saya. Rezeki itu milik Allah. Cuma hanya pada siapa, kita tak tahu. Setiap yang berlaku ada sebabnya. Jadi , kena terima seadanya. Dalam 22 tahun menyanyi, ini baru kali pertama yang saya batalkan kerana hilang suara. Tak pernah berlaku sebegini dan seteruk ini selsema dan batuknya. Memang ini thypoon Mangkut punya effect! ??? paling tak suka kalau buat Client kecewa ? lebih lebih lagi pihak RTM. Never in my dictionary that i would do that. Tak apalah. Sudah tertulis @ayudamit all the best my dear. See you Soon. ????? #ralat

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on


Nourul memohon maaf kerana tidak dapat menghiburkan jemputan yang hadir pada hari itu.

Nourul juga mendedahkan perkara ini merupakan kali pertama terjadi dalam tempoh 22 tahun dia berada di dalam industri nyanyian.

Nourul terpaksa membatalkan undangan tersebut akibat ketiadaan suara untuk membuat persembahan.

Nourul atau nama sebenarnya Nurul Huda Abdul Wahab akan berehat selama dua minggu untuk kembali pulih seperti biasa.

Rata-rata peminat dan pengikut Instagram Nourul turut mendoakan agar dia kembali sihat dan mendapat rehat yang cukup.

"@syafeek_ikhwan: I'm so sorry to hear that. Get well soon kak."

"@maksuhakim: Kesihatan lagi penting kak. Jaga diri ya."

"@hafshahsohi: Get well soon Nourul..have a good rest."

Must-Watch Video

Advertisement