Skip to main content

Budaya Popular

Gagal Tahan Marah, Syamel Tumbuk Adik Sendiri?

syamelbefunky-collage.jpg
Dek kerana gagal menahan kemarahan, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Syamel menumbuk adiknya sendiri.

Biar betul?

Ha, jangan salah sangka kerana ia hanya sekadar jalan cerita yang dipaparkan dalam muzik video single terbaru Syamel yang berjudul Curang.

Curang merupakan sebuah lagu berentak balada dan terhasil setelah para penciptanya mendapat ilham dengan melihat kadar perceraian yang semakin meningkat dalam masyarakat masa kini.

Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh Aepul Roza dari Drama Band dan juga Syamel sendiri, lagu ini turut dihasilkan bersama sebuah klip video menarik yang menampilkan lakonan hebat Syamel bersama Elisya Sandha.

Klip video lagunya menceritakan bagaimana watak Syamel yang bekerja keras untuk keluarganya disalah anggap oleh isterinya sendiri.

Pada masa yang sama watak Syamel mendapat tahu yang isterinya sedang bermain kayu tiga dengan adik Syamel sendiri.

Selepas ternampak isterinya keluar bercinta bersama adiknya sendiri, Syamel gagal menahan kemarahan dan terus menumbuk adiknya sehingga dia ditangkap polis dan dipenjarakan.

Klip video terbitan Picturematter itu telah menjalani penggambaran di sekitar Malaysia dan Singapura.

Lagu Curang ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. 

Video lirik dan muzik Curang ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Must-Watch Video

Advertisement