Skip to main content

Budaya Popular

Degil Tak Nak Ke Hospital, Kaki Ibu Aaron Aziz Semakin Parah

aaron-ibu-kaki-header.jpg
Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa risau terhadap keadaan jari kaki ibunya yang bertambah teruk selepas mengalami kecederaan baru-baru ini.

Kata Aaron, dia berdepan kesukaran untuk memujuk ibunya itu untuk mendapatkan rawatan perubatan sewajarnya di hospital.

"Saya rasa kebanyakan ibu bapa kita yang memang susah nak dibawa berjumpa doktor kan.

"Kebanyakan mereka percayakan jamu, supplement itu ini dan bukannya ubat-ubatan Barat.

"Ibu jari kaki bonda tersayang saya cedera sampai jadi macam tu, tapi degil juga tak nak ke hospital, cuma nak klinik.

"Kata bonda, tak nak nanti doktor tahan. Nak dipendekkan cerita, kata doktor kadar gula dalam badan bonda tinggi dan perlu mengambil insulin," kongsi Aaron menerusi akaun Instagramnya.

Aaron turut berpesan dan menasihati orang ramai agar memujuk ahli keluarga masing-masing dengan penuh kasih sayang untuk membuat rawatan sekiranya perlu.

"Saya nak bagitau kalau ada ibu bapa yang tak nak buat check-up tolonglah pujuk mereka. 

"Pujuk mereka dengan penuh kasih sayang macam kita pujuk anak-anak kita," tambahnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I think most elderly parents memang susah nak bawak jumpa Doctor kan. Most will believe in jamu, this supplement that supplement and not western medicines. So bonda tersayang injured her toe sampai jadi mcm tu, tapi degil jugak tak nak ke Hospital..cuma nak clinic. Kata Bonda ku, “Tak nak la nanti Doctor tahan”...so to cut long story short, the Doc kata she has to be on insulin. Sugar too high etc... Jadi saya nak bagitau Kalau ada ibu-bapa yg tak nak buat check up pls pujuk them. Pujuk diaorang dgn penuh kasih sayang mcm kita pujuk anak anak kita. Semoga. ALLAH AZZA WAJALLA memelihara ibu bapa kami Dan permudahkan segala urusan. #abgstresslagi #Abgdah2kaliheretMakpergiHospital #AbgsayangMak #Abgdoakansemuasihat #AbgrasamcmnakCheckInkatilsebelahMak #Abgtaklehtidur #AbgmenyesalkecikkeciktakbelajarrajinrajinjadiDoctor #abgwarningjgnswipegambar #abgkandahcakapjgnswipe

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on


Gempak sebelum ini pernah melaporkan keadaan kesihatan ibu Aaron yang pernah ditahan di hospital selepas terjatuh.

BACA: "Kalau Parents Terjatuh Please Buat Check Up Terus" - Pesan Aaron Aziz

Malah, Aaron pernah memaklumkan ibunya mengalami masalah darah tinggi dan kandungan gula yang tinggi dalam badan.

Advertisement

Must-Watch Video