Skip to main content

Budaya Popular

"Bila Tangan Dah Mula Lenguh, Dari Situ Ingatannya Bertambah Baik" - Misha Omar Kongsi Cara Dia...

1.jpg
Siapa yang boleh lupa dengan kemerduan dan kelunakan suara Misha Omar menyampaikan lagu-lagu popularnya. Penghayatannya pada sesebuah lagu mesti membuatkan sesebuah lagu itu sampai pada perasaan.

Dalam persediaan Misha untuk menyiapkan diri untuk membuat persembahan 'This Is Misha' di Dewan Filhormonik Petronas pada 5 Ogos ini, dia turut berkongsi tip bagaimana dia menghafal lagu.

"Cara-cara seorang penyanyi berumur 37 tahun buat homework untuk showcase #thisismisha.

"Takut lupa lirik, dia salin semua lirik lagu sendiri. Bila tangan dah mula lenguh, dari situ ingatannya bertambah baik, sebab sakit," tulis Misha pada satu entri di Instagramnya.
 

"Buruknya handwriting you Kak Mitch!" seloroh Misha lagi sambil bertanya peminat sama ada mereka tahu lirik lagu apa yang ditulisnya.

Misha Omar bakal membuat persembahan satu malam sahaja pada 5 Ogos ini di Dewan Filharmonik Petronas dan menurut salah satu entri Instagramnya, tiket untuk konsert tersebut sudah habis dijual.

Kredit Gambar: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement