Sejak kebelakangan ini, ramai penyanyi yang melakukan strategi atau gimik untuk memperkenalkan single terbaharu mereka.
Kadang-kadang gimik yang dilakukan terlalu ekstrem sehingga menimbulkan rasa ‘marah’ pada segelintir netizen yang rasa tertipu dengan apa yang dilakukan.
Saya melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang penting dalam suasana yang mencabar sekarang ini.
Malah ramai juga penyanyi-penyanyi yang sudah mempunyai nama besar turut melakukan strategi mahupun gimik untuk memastikan single baharu mereka mendapat tempat di hati peminat.

Nabila Razali, Haqiem Rusli dan beberapa penyanyi baru pernah menimbulkan kontroversi dengan gimik yang mereka lakukan untuk memperkenalkan lagu mereka.
Nabila pernah ‘melakonkan’ babak putus cinta di Instagram beliau, tetapi sebenarnya hanya untuk mempromosikan klip video lagu Pematah Hati beliau ketika itu.

Haqiem Rusli juga pernah dituduh sengaja mengada-adakan cerita tentang kemurungan, juga untuk lagu terbaru, walaupun beliau menafikannya.
Gimik sebegini mungkin mencetuskan ‘kemarahan’ tetapi melihat daripada sudut lain, ianya memainkan peranan besar untuk mempromosikan lagu mereka.
Ada penyanyi yang melakukan strategi tanpa perlu ekstrem tetapi tetap mendapat sambutan yang cukup hebat.

Contohnya penyanyi Misha Omar yang menyanyikan single beliau, Sampai Bila tanpa muzik lebih awal daripada lagu tersebut dilancarkan. Kemudian peminat-peminat turut membuat video dan memuat naik ke Instagram berkongsi nyanyian mereka.
Secara tidak langsung, peminat-peminat sudah mengetahui lirik lagu tersebut sebelum lagu tersebut dilancarkan sepenuhnya

Begitu juga dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang membuat cabaran menyanyi single terbaharu beliau, Anta Permana mengikut lenggok qasidah.
Cabaran tersebut mendapat sambutan luar biasa apabila bukan sahaja peminat, tetapi ramai selebriti yang turut sama menyahut cabaran tersebut.
Dalam dunia maya yang lebih mengambil tempat sekarang ini, media sosial merupakan cara paling cepat dan pantas untuk menyampaikan sesuatu strategi dan gimik kepada peminat.
Pada saya tidak ada salahnya. Memang kita tidak dapat memuaskan hati semua orang, tetapi yang penting adalah kita melakukan sesuatu untuk mempromosikan produk yang kita hasilkan.
Jumpa Lagi
Bila Badrul Bicara
Kredit Gambar: Instagram
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.