Skip to main content

Ada Komitmen Kerja, Ajai Terpaksa Tolak Duet Di Konsert Nourul Depp - “Masa Tidak Tepat…”

Astro Gempak 360

Sekilas

  • Ajai terpaksa menolak pelawaan berduet dengan bekas isteri, Nourul, dalam konsertnya pada Mei depan kerana komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan.
  • Ajai terbuka untuk bekerjasama dengan Nourul pada masa hadapan dan mengakui mereka sudah melupakan kisah lalu serta sudah ‘move on’.
  • Ajai mendoakan kejayaan Nourul yang kembali aktif dalam industri seni dan menegaskan pentingnya strategi pemasaran untuk artis yang membuat kemunculan semula.

Penyanyi dan komposer Ajai terpaksa menolak pelawaan untuk berduet bersama bekas isterinya, Nourul dalam konsert penyanyi itu yang dijadual berlangsung pada Mei depan.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 52, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana komitmen kerja sedia ada yang tidak dapat dielakkan.

“Untuk kali ini, saya rasa tidak dapat munculkan diri dalam konsert Nourul kerana ada komitmen yang tidak dapat dielakkan.

“Namun, jika ada rezeki lain, mana tahu suatu hari nanti mungkin akan ada konsert Ajai dan Nourul,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Usanita, baru-baru ini.

Menurutnya, pelawaan untuk berduet itu memang ada, namun masa tidak mengizinkan memandangkan dia kini sibuk dengan persiapan konsert Exists.

“Nourul ada menawarkan, cuma masanya tidak tepat. Sekarang saya terikat dengan persiapan konsert Exists.

“Seperti yang kita tahu, banyak perkara perlu diselesaikan untuk projek itu,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ajai menegaskan dia terbuka untuk bekerjasama dengan Nourul memandangkan kedua-duanya sudah melupakan kisah lalu.

“Bagi saya, masalah lepas sudah lepas dan masing-masing pun sudah ‘move on’.

“Saya tiada masalah untuk beri komitmen, cuma kali ini memang saya terikat dengan perkara lain,” katanya.

Tambahnya, dia juga mendoakan kejayaan Nourul yang kini kembali aktif dalam industri seni.

“Saya ucapkan selamat maju jaya buat Nourul. Kepulangan semula dia dalam industri adalah petanda yang baik.

“Lagu-lagu dia banyak yang hits dan masih relevan sehingga sekarang,” ujarnya.

Mengulas cabaran penganjuran konsert, Ajai berkata setiap artis yang membuat kemunculan semula perlu mempunyai strategi pemasaran yang baik.

“Apabila mahu kembali, kita bermula semula dari kosong walaupun pernah ada nama besar.

“Perlu fikir bagaimana mahu tarik perhatian peminat baharu dan juga peminat lama,” katanya.

Bagaimanapun, Ajai percaya Nourul tidak akan berdepan masalah besar memandangkan namanya sudah kukuh dalam industri.

Untuk rekod, Ajai dan Nourul pernah mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 1996 sebelum berpisah pada 28 Februari 2007.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayu Nazirah, 28.



 

Anda mungkin berminat dengan

【MY Local】 LED Luminous Glasses Glow Glasses Glow in the Dark Party Bar Concert Props Night Glasses Fluorescent Glasses Event Supplies

【MY Local】 LED Luminous Glasses Glow Glasses Glow in the Dark Party Bar Concert Props Night Glasses Fluorescent Glasses Event Supplies

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must-Watch Video

Advertisement