Skip to main content

Filem

Pengarah Polong Dedah Nampak ‘Lembaga’ Ketika Penggambaran, Komputer Rosak Tiga Hari Selepas Baca Mantra - “Saya Ingat Hanya Imaginasi…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Pengarah filem seram Polong, Zulkarnain Azhar, berkongsi pengalaman pelik dan mistik sepanjang penggambaran termasuk penampakan lembaga dalam rakaman.
  • Produksi menghadapi masalah teknikal misteri seperti komputer yang tidak boleh dihidupkan selama tiga hari ketika rakaman suara bacaan mantra.
  • Zulkarnain menekankan cabaran memastikan setiap aspek produksi teliti dan realistik supaya filem seram ini meyakinkan penonton.

Pengarah filem seram Polong, Zulkarnain Azhar berkongsi pengalaman menyeramkan yang berlaku sepanjang proses penggambaran naskhah tersebut.

Menurut Zulkarnain, walaupun produksi mereka tidak mengalami gangguan mistik yang terlalu keterlaluan, terdapat beberapa kejadian pelik yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ‘entiti’ ketika menjalani penggambaran.

“Dalam cerita ini, pengalaman mistik tidak terlalu mengganggu. Cuma ketika saya sedang menjalankan sebuah babak bersama dua orang pelakon, tiba-tiba saya nampak sebuah lembaga berdiri di belakang mereka.

“Semua terkejut bila saya hentikan penggambaran. Mula-mula saya ingat saya hanya berimaginasi tetapi bila lihat semula rakaman memang ada ‘benda’ yang berdiri di situ,” katanya kepada Gempak.

Bukan itu sahaja, Zulkarnain turut mendedahkan pihak produksi berdepan masalah teknikal misteri ketika proses rakaman suara melibatkan bacaan mantra dalam filem berkenaan.

“Selain itu, ketika saya buat rakaman suara atau dubbing dan membaca sebuah rekaan mantra, komputer yang buat programming tersebut tidak boleh dihidupkan selama tiga hari. Ia beri kesan sedikit pada proses akhir filem ini.

“Alhamdulillah ia berjaya disiapkan tetapi saya faham sahaja kerana bila buat filem seram, kita memang mengundang entiti tersebut,” ujarnya.

Dalam masa sama, Zulkarnain menjelaskan cabaran utama menghasilkan filem seram adalah memastikan setiap aspek produksi dilakukan secara teliti agar hasil akhirnya kelihatan realistik dan meyakinkan penonton.

“Bila nak buat filem ini nampak berjalan dengan lancar dan real, saya kena pastikan make up, set penggambaran dan lokasi disediakan dengan rapi.

“Saya kena buat research sehingga tiada siapa yang boleh pertikaikan hasil kerja kami. Itu adalah cabaran kami sekarang.

“Semua department kena memainkan peranan penting supaya penonton tidak nampak filem ini seperti olok-olok sahaja,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Must Watch Video

Advertisement