Sekilas
- Raffi Ahmad kini berada di Mekah untuk menunaikan ibadat haji dan tetap melaksanakan ibadat korban di Jakarta seperti tahun-tahun sebelum ini.
- Untuk Aidiladha tahun ini, Raffi membeli enam ekor haiwan korban termasuk seekor kerbau Pakistan yang istimewa dari sahabatnya, Irfan Hakim.
- Raffi menunaikan ibadat haji buat kali kedua bersama keluarganya selepas berangkat ke tanah suci pada tahun 2024.
Selebriti terkenal, Raffi Ahmad diketahui sedang berada di Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Namun, suami Nigita Slavina ini tetap mahu melaksanakan ibadat korban di Jakarta. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Raffi sudah menempah lebih daripada empat ekor haiwan korban yang terdiri daripada kerbau, lembu dan kambing.
Untuk Aidiladha tahun ini, Raffi membeli haiwan korban daripada sahabat baiknya, Irfan Hakim. Raffi mengaku membeli enam ekor haiwan dengan salah seekornya disifatkan sangat istimewa.
Raffi membeli seekor kerbau Pakistan yang menurutnya mempunyai sepasang mata yang cantik. “Ini kerbau dari Pakistan, saya juga sama. Matanya cantik sangat,” kata Raffi seperti dilaporkan Kompas.
“Feeling saya lepas melihat kerbau ini, yang ada nama Khan, sama macam nama keluarga datuk saya, Khan. Saya lihat Khan, jatuh cinta terus,” katanya lagi.
Bagaimanapun tidak diketahui di wilayah mana kerbau tersebut akan dijadikan korban.
Sementara itu, Raffi menunaikan haji untuk kali kedua selepas selamat berangkat ke tanah Suci untuk melakukan ibadat sama bersama keluarganya pada tahun 2024 lalu.