Skip to main content

Selebriti

“Kalau Nak Buat Main Sahaja, Baik Tak Payah Jaga Kucing” - Zara Zya

Bakar isteri

Sekilas

  • Zara Zya menegur orang ramai supaya bertanggungjawab menjaga kucing peliharaan dan tidak menganggapnya sebagai mainan semata-mata.
  • Beliau menekankan kucing adalah makhluk bernyawa yang memerlukan penjagaan rapi termasuk ruang pengudaraan yang baik.
  • Zara juga mengingatkan supaya membersihkan kawasan kucing untuk mengelakkan bau tidak menyenangkan di rumah.

Pelakon, Zara Zya memberi teguran terbuka kepada orang ramai khususnya mereka yang memiliki kucing peliharaan di rumah.

Menerusi Threads, Zara berkata bahawa kucing adalah mahkluk bernyawa yang perlu diambil serius dan bukanlah hanya sekadar dibuat main sahaja.

“Nak bela kucing, kena ada sikap tanggungjawab. Kucing bukan anak patung. Dia makhluk bernyawa. 

“Kalau nak buat main, baik tak payah jaga kucing. Pergi beli anak patung kalau nak buat main. 

“Dia sakit, tak nak jaga atau buang dia. Selepas itu, rumah bau kepam sebab tiada udara,”tulisnya.

Katanya lagi, kucing juga adalah sama seperti manusia yang memerlukan ruang pengudaraan yang baik serta kebajikan yang perlu dijaga rapi.

“Kalau manusia duduk dalam ruang udara kepam pun boleh berbau, apetah lagi kucing. Kita tak mandi pun dah pening, apa lagi kalau jamban kucing tak dibersihkan. Kucing tak salah. Manusia yang kromoson tak bercantum yang salah,”ujarnya.


Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Must Watch Video

Advertisement