Skip to main content

Hiburan

Nak Promo Kedai Sampai Lupa Skrip, Netizen Terhibur Tengok Ben Amir Bertutur Dalam Tagalog

Astrogempak BEN

Sekilas

  • Pelakon Ben Amir mempromosikan perniagaan makanan miliknya di Pulau Siargo menggunakan bahasa Tagalog dalam video pemasaran.
  • Restoran milik Ben adalah yang pertama di Siargao yang menjual masakan Malaysia seperti Nasi lemak dan Kuehtiau goreng.
  • Netizen terhibur dengan usaha Ben walaupun ada yang mengusiknya kerana kelihatan seperti terlupa skrip semasa rakaman.

Pelakon, Ben Amir mencuri perhatian netizen apabila tampil mempromosikan perniagaan makanan miliknya menggunakan bahasa Tagalog.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Ben dilihat bersungguh-sungguh cuba bertutur dalam bahasa Filipina bagi memperkenalkan kedai makan yang diusahakannya di Pulau Siargo.

“Kena paksa buat marketing video dalam bahasa Tagalog,” selorohnya.

Dalam hantaran sama, Ben berkongsi dia kini menguasakan restoran dan menjual menu masakan Malaysia kepada penduduk tempatan di sana.

Menurutnya, mereka merupakan pengusaha restoran pertama yang menjual makanan Malaysia.

“Kami adalah peniaga pertama yang menjual masakan Malaysia di Siargao Island,” ujarnya.

Antara menu yang dijual di restorannya adalah Nasi lemak, Kuehtiau goreng dan nasi daun pisang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan ada juga yang mengusik Ben kerana dilihat seperti terlupa skrip ketika merakam video tersebut.

“Semoga dipermudahkan segala urusan aaminnn...semoga success selalu aaminn dimurahkan rezeki sihat walfiat aaminnn dilindungi Allah aaminnn.

“Lupa script laa ben hahahah

“Fuyoooo terbaik bang !!! rasa macam masuk ke dunia telenovela Pangako sayo!!!!

“Plezzzzz do more!!! salamat po 💖💖💖

“Wow. Mantap. Power👏👏👏

“Apa ni tak hafal script hahaha.

“Sure I will support kababayan from Malaysia live in Manila and IAO… see you soon,” komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement