Skip to main content

Selebriti

Kini Bunyi Seperti ‘Cerek’, Aisha Retno Sedih Hilang Keupayaan Hasilkan Whistle Notes - “Saya Cuba Dapatkan Semula Tetapi…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Penyanyi Aisha Retno berkongsi rasa sedih kerana sudah tidak mampu menghasilkan whistle notes yang pernah menjadi keunikan suaranya.
  • Dia telah mencuba beberapa kali untuk mendapatkan semula keupayaan tersebut tetapi hasilnya tidak memuaskan dan bunyinya seperti bunyi cerek.
  • Aisha turut mengimbau momen lama ketika masih mampu menghasilkan whistle notes dan mengucapkan selamat tinggal kepada teknik vokal itu.

Penyanyi Aisha Retno meluahkan rasa sedih apabila kini tidak lagi mampu menghasilkan whistle notes yang pernah menjadi antara keunikan suaranya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Aisha berkata dia sudah beberapa kali mencuba untuk mendapatkan semula keupayaan tersebut, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

“Sedih untuk saya maklumkan pada kalian yang saya kini sudah tidak boleh menghasilkan ‘whistle’ lagi di usia 25 tahun ini.

“Saya cuba untuk dapatkan semula tetapi saya tidak tahu mengapa apabila saya menyanyi whistle hari-hari, kedengaran seperti bunyi cerek sahaja,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, penyanyi itu turut mengimbau kembali momen ketika dirinya masih mampu menghasilkan whistle notes menerusi sebuah video lama yang dimuat naik di media sosial.

“Biarkan saya tinggalkan momen ini di sini, di mana Retno yang berusia 23 tahun sedang mencuba untuk melakukan soft whistle notes.

“Selamat tinggal whistle notes. Awak layan saya dengan amat baik. Sedih sebab saya dah tak boleh capai kamu lagi,” katanya.

Terdahulu, Aisha yang menjadi suara alih watak Glinda bagi versi alih bahasa Malaysia filem Wicked pernah dijemput menghadiri tayangan perdana filem itu di Singapura serta berpeluang menyanyikan lagu runut bunyi filem berkenaan bersama Ariana Grande dan Cynthia Erivo.



 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement