Sekilas
- Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi gelagat anak lelakinya, Muhammad Afwa, yang tiba-tiba mahu menyanyi bersamanya dalam Konsert Gema Bumantara.
- Anak perempuan Siti, Siti Aafiyah, juga menunjukkan minat untuk turut serta dalam konsert tradisional tersebut.
- Konsert Gema Bumantara akan diadakan pada 17 Oktober di TM Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai usaha mengangkat muzik tradisional kepada generasi muda.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat apabila berkongsi gelagat anak lelakinya, Muhammad Afwa yang secara tiba-tiba menyuarakan hasrat untuk membuat persembahan bersamanya dalam Konsert Gema Bumantara.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Siti meluahkan rasa terkejut dengan permintaan spontan anak bongsunya itu.
“Ibu nak nyanyi dengan ibu,” kata Afwa.
“Afwa tiba-tiba nak minta nyanyi dalam konsert tradisional la wei,” tulis Siti.
Bukan sahaja Afwa yang mahu beraksi di atas pentas, malah anak perempuannya, Siti Aafiyah, turut menyatakan hasrat yang sama untuk menyertai konsert berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyokong idea tersebut dan membayangkan kemunculan Afwa di pentas pasti akan mencuri perhatian penonton.
“Okay, dah tahu artis jemputan Tokti siapa?
“Tolong bagi please.
“Afwa jangan buat onar tau tetiba shut down satu stadium.
“Afwa kasi dikir barat boleh tak, confirm comel.
“Wah, mesti sedap suara Afwa, alaaaa comel sangat eh.
“Onzzz, Afwa guest artis Kumbang Bunga,” tulis netizen.
Terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal mengadakan Konsert Tradisional Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan.
Pengumuman itu dibuat menerusi perkongsian di Instagram yang turut diserikan dengan sesi siaran langsung apabila beliau menghiburkan peminat menerusi lagu Joget Berhibur.
Siti berkata, konsert berkenaan menjadi hadiah istimewa buat peminat selain usaha meraikan dan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan merentas generasi.