Skip to main content

Hiburan

‘Terpaksalah Bagi…” - Cik B Dakwa Kena ‘Pow’ Dengan Peminat

Astrogempak Cik B

Sekilas

  • Cik B berkongsi pengalaman tidak menyenangkan apabila dipaksa memberi wang oleh seorang individu dipercayai peminat ketika berada dalam kereta.
  • Individu tersebut menghalang tingkap kereta Cik B dan meminta sumbangan sebanyak RM200 atau RM300, yang terpaksa diberikan oleh Cik B.
  • Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang menasihati Cik B supaya lebih berhati-hati dan mempertimbangkan keselamatan diri pada masa akan datang.

Personaliti media sosial, Cik B mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu pengalaman kurang menyenangkan bagi dirinya.

Menerusi satu hantaran di Threads, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin mendakwa dirinya telah dipaksa memberikan wang kepada seorang individu yang dipercayai sebagai peminat.

“Siak la haritu Cik B kena pow dengan makcik fan club mana entah,” tulisnya.

Menurut Cik B, kejadian itu berlaku ketika dia berada di dalam kereta dengan tingkap yang terbuka sebelum individu berkenaan menghampiri kenderaannya.

“Cik B naik kereta. Lepas itu dia pergi dekat tingkap kereta Cik B yang tengah terbuka sambil silang tangan dia atas tingkap tu, jadi tak boleh tutup.

“Lepas itu dia minta, ‘Cik B nak sumbangan RM200 atau RM300.’ Cik B pun terpaksa lah bagi,” kongsinya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan Cik B, selain menasihatinya agar lebih berhati-hati apabila berdepan situasi sebegitu pada masa akan datang.

“Dah, lepas ni bab nak bagi duit, Cik B serahkan tugas pada orang lain. Dia tahu Cik B murah hati.

“Cik B kena ada bodyguard ni, so ke mana-mana bodyguard turut serta.

“Cik B kena belajar say no. Senyum, lepas tu cakap maaf saya nak cepat dan terus tutup tingkap,” kata netizen.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement