Skip to main content

Artis Antarabangsa

Selepas Lebih Sedekad Bercinta, Nadech Kugimiya Selamat Bergelar Suami

Nadech Kugiyima

Sekilas

  • Pelakon Thailand, Nadech Kugimiya, telah selamat berkahwin dengan kekasihnya, model dan pelakon Urassaya Sperbund.
  • Mereka berkongsi gambar perkahwinan dalam busana tradisional merah hati di Instagram, menandakan hampir 15 tahun hubungan cinta mereka kini sah sebagai suami isteri.
  • Perkenalan mereka bermula pada 2011 melalui drama Game Rai Game Rak dan bertunang pada 2023, dengan netizen memberikan ucapan tahniah dan doa.

Pelakon kacak Thailand, Nadech Kugimiya selamat bergelar suami kepada kekasihnya yang juga model dan pelakon, Urassaya Sperbund.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri Nadech menerusi hantaran di Instagram (IG).

Menerusi perkongsian yang dibuat, dapat dilihat Nadech bersama pasangannya yang mesra disapa Yaya dilihat sama cantik sama padan sambil mengenakan busana tradisional berona merah hati.

Lebih manis, perkahwinan Nadech dan Yaya ini juga melambangkan kesetiaan apabila mereka yang hampir 15 tahun menjalin hubungan cinta kini sah bergelar sebagai pasangan suami isteri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mendoakan perkahwinan mereka berkekalan.

Sekadar info, perkenalan Nadech dan Yaya bermula pada tahun 2011 ketika bergandingan bersama menerusi drama Game Rai Game Rak. Selepas berbelas tahun bercinta, mereka kemudiannya mengikat tali pertunangan pada 2023.

Sumber: Instagram Nadech Kugimiya

Anda mungkin berminat dengan

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

PETRONAS MotoGP 2025 Dominator Tee - Black

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

DEEM Casual Pants Slack Pants For Women Straight Cut Pants Vogue Pants Trousers Belt

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Must Watch Video

Advertisement