Skip to main content

Indonesia

Peminat Tak Kenal Ria Ricis Lepas ‘Buat’ Hidung

Astro Gempak riaricis

Sekilas

  • YouTuber Indonesia, Ria Ricis, mengaku menjalani pembedahan plastik pada hidung selepas ramai netizen tidak mengenalinya dalam foto terkini.
  • Ria menjelaskan pembedahan itu bukan sekadar untuk kecantikan, tetapi juga kerana masalah kesihatan sinus yang dihadapinya.
  • Walaupun menerima kritikan, Ria memilih untuk utamakan keselesaan diri dan mendapat sokongan daripada ibunya yang memuji penampilan barunya.

YouTuber terkenal Indonesia, Ria Ricis sedang menjadi tumpuan terutama dalam kalangan netizen dan peminat selepas dirinya mengaku melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidung.

Pengakuan tersebut dibuat selepas ramai netizen mengaku tidak mengenali Ria selepas dia berkongsi foto-foto terkini dirinya terutama selepas perayaan Hari Kartini baru-baru ini.

Selepas menerima banyak pertanyaan di ruang komen Instagram peribadinya, ibu tunggal satu anak itu mengaku perubahan pada wajahnya terutama hidung yang mancung adalah kerana menjalani operasi kecantikan.

“Benar, saya buat dan saya tidak menutupinya,” ujar Ria seperti dilaporkan Viva.co.

Meskipun banyak yang mengatakan pembedahan itu dilakukan sepenuhnya untuk tujuan kecantikan, namun Ria sebelum ini pernah ini mengungkapkan dirinya memiliki masalah kesihatan pada saluran pernafasan. Dia diketahui menghidap penyakit sinus.

Malah Ria juga mengaku keputusan membuat pembedahan hidung telah dipertimbangkan dengan cukup matang, apa lagi kerana mengambil kira tentang kesihatan. Di sebalik banyak kritikan yang diterima, wanita itu mengatakan dia memilih untuk mementingkan kenyamana diri sendiri dan mahu meneruskan hidup seperti biasa.

Tindakannya melakukan pembedahan hidung turut dipuji ibunya. Dalam sebuah video yang dikongsikan, Ria tersipu malu selepas ibunya menyifatkan penampilan Ria dengan ‘hidung baharu’ sebagai cantik.

Anda mungkin berminat dengan

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

GEESO Mini Eletric Hair Removal Epilator Women Eyebrow Trimmer Lipstick Shaver USB All Parts of Body Hair Remover for Lady 除毛器 脱毛仪

GEESO Mini Eletric Hair Removal Epilator Women Eyebrow Trimmer Lipstick Shaver USB All Parts of Body Hair Remover for Lady 除毛器 脱毛仪

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

L'Occitane Almond Shower Scrub 200ml

L'Occitane Almond Shower Scrub 200ml

Rhode The Peptide Lip Tint Salty Tan

Rhode The Peptide Lip Tint Salty Tan

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Must Watch Video

Advertisement