Skip to main content

Drama

Gerak Khas 2.0 Beri Nafas Baharu Buat Francais Drama Polis Ikonik Malaysia, Sarawak Jadi Lokasi Utama

Gerak Khas 2.0

Sekilas

  • Gerak Khas 2.0 kembali menggegarkan layar dengan penceritaan lebih segar dan skala produksi lebih besar, disiarkan buat pertama kali di TVS mulai 3 Julai ini.
  • Siri ini menampilkan lokasi utama di Sarawak, khususnya Kuching, memberikan dimensi baru yang memperkayakan naratif dan identiti visual francais.
  • Gerak Khas 2.0 menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Datuk Yusof Haslam, Erra Fazira dan Datuk Hans Isaac, dengan pendekatan kontemporari tanpa mengorbankan intipati asal siri ini.

Selepas lebih dua dekad mencipta sejarah dalam landskap drama tempatan dan lima tahun meninggalkan kerinduan dalam kalangan peminat, sebuah nama yang telah menjadi sebahagian daripada identiti televisyen Malaysia kini kembali menggegarkan layar.

Francais drama kepolisan yang sinonim dengan aksi, keberanian dan integriti, Gerak Khas, membuka lembaran baharu menerusi Gerak Khas 2.0.

Gerak Khas 2.0 diterbitkan oleh Sarawak Media Group (SMG) dan Skop Productions di bawah sentuhan pengarah lagenda Datuk Yusof Haslam.

Buat julung kalinya disiarkan oleh TVS, Gerak Khas 2.0 bukan sekadar menghidupkan semula sebuah francais ikonik, malah mengangkatnya ke dimensi baharu menerusi penceritaan yang lebih segar, skala produksi yang lebih besar serta naratif yang dekat dengan realiti Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1999, Gerak Khas telah mencatat 20 musim dan 1,054 episod, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara drama televisyen paling berpengaruh dalam sejarah negara.

Pengiktirafannya oleh Malaysia Book of Records sebagai drama prime time paling lama bersiaran di Malaysia menjadi bukti pengaruh dan legasi yang terus kekal merentasi generasi.

Kini, selepas Gerak Khas: The Finale melabuhkan tirai pada tahun 2021, siri ini kembali dengan pendekatan yang lebih kontemporari tanpa mengorbankan intipati yang menjadikannya sebuah karya malar segar.

Dengan ancaman jenayah yang lebih kompleks, konflik yang lebih mendalam dan visual yang lebih sinematik, Gerak Khas 2.0 bersedia membuka era baharu buat francais terkenal ini.

Menariknya, salah satu pembaharuan paling signifikan dalam Gerak Khas 2.0 ialah pemilihan Sarawak sebagai antara lokasi utama penceritaan.

Buat pertama kalinya dalam sejarah francais ini, Malaysia Timur bukan sekadar menjadi latar penggambaran, malah memainkan peranan penting dalam perkembangan jalan cerita.

Berlatarbelakangkan keindahan Kuching dan persekitarannya, siri ini menampilkan dimensi baharu yang memperkayakan identiti visual serta naratif Gerak Khas 2.0.

Pendekatan ini bukan sahaja memberikan ruang penceritaan yang lebih luas, malah mencerminkan aspirasi untuk mengetengahkan kisah yang lebih inklusif dan mewakili kepelbagaian landskap serta masyarakat Malaysia.

Gerak Khas 2.0 dibintangi oleh Datuk Yusuf Haslam, Erra Fazira, Datuk Hans Isaac, SAC (B) Datuk Shaharon Anuar, Deen Maidin, Salina Saibi dan Tisha Shamsir.

Gerak Khas 2.0 akan mula bersiaran pada 3 Julai ini, setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi saluran TVS dan aplikasi TVS Inspire.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement