Skip to main content

Selebriti

Fazley Perjelas Sebab Hadir Ke Konsert Dengan Vida, Terhibur Ada Yang Dah Buat Gabungan Nama #Didadavida - “Saya Tak Pergi Dating Lah”

Fazley nafi date dengan Vida

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menafikan dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan Datuk Seri Vida dan menjelaskan kehadirannya ke konsert For You Nourul hanyalah untuk menemani Vida selepas pengarah asal tidak dapat hadir.
  • Fazley turut berterima kasih kepada Vida dan anak lelakinya, Kacak, kerana menjemputnya ke konsert tersebut dan mengakui terhibur dengan gelaran gabungan nama yang dicipta peminat.
  • Penyanyi Nourul juga mengusik Fazley dan Vida atas kehadiran mereka ke konsert solonya, sambil mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua selebriti itu.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menafikan dakwaan kononnya mempunyai hubungan istimewa bersama usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida.

Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Fazley menjelaskan kehadirannya bersama Vida ke Konsert For You Nourul pada Sabtu itu bukan atas tujuan peribadi, sebaliknya sekadar menemani Vida yang sepatutnya hadir bersama pengarah dan penerbit, Datuk A. Aida.

Bagaimanapun, A. Aida kemudiannya tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan keluarga.

“Saya tak rancang pun! Tapi korang tetap tak percaya kan? Semalam (Sabtu) saya dan Payish singgah ke rehearsal TTMM.

“Tiba saya diberitahu @datoserivida dan @a_aidaproduction plan untuk pergi ke concert @nouruldepp malam tu.

“Tiba-tiba Datuk A. Aida tak jadi pergi sebab ada urusan keluarga. Jadi saya pun di jemput oleh DSV untuk jadi pengganti tiket yang ada tu.

“Saya pun ok je! Tambah pula memang saya dah berhasrat nak ke concert Kak Nourul cuma tak berkesempatan nak plan betul-betul,” jelasnya.

Dalam hantaran yang sama, Fazley turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Vida dan anak lelakinya iaitu Kacak kerana menjemputnya ke acara tersebut.

Malah, Fazley juga mengakui terhibur dengan kreativiti segelintir peminat yang mencipta gelaran gabungan nama mereka selepas melihat kehadiran mereka bersama pada malam berkenaan.

“Terima kasih banyak DSV dan @kacak_._ sudi menjemput. Memang power betul suara Kak Nourul!

“Kepada korang yang jerit-jerit semalam #Didadavida, mana eh korang dapat nama tu. Hahaha, kreatif betul korang kalau part gabung-gabung nama ni kan?

“Saya tak pergi dating lah! Saya hadir concert meneman Kacak & DSV je!” coretnya.

Terdahulu, penyanyi Nourul juga tidak melepaskan peluang mengusik Fazley dan Vida yang ke konsert solonya, For You Nourul.

“Datuk Fazley saya sangka saya nampak awak, terima kasih kerana hadir. Anda tahu tak, Datuk Fazley Yaakob pun ada panjang cerita yang harus dikongsikan kepada saya (merujuk kepada kehadirannya bersama Vida).

“Kepada Datuk Seri Vida, terima kasih juga kerana sudi hadir ke konsert saya,” ujarnya.

Sumber: Instagram @fazleyyaakob
 

Anda mungkin berminat dengan

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

3/5 Pcs Set New Solid Color Men's Briefs Men Underwear Male Triangle Trend Large Fashion Panties Seluar Dalam Lelaki

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Must Watch Video

Advertisement