Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2 Recap: 'Dinda' Letak Hussain Di Tangga Pertama, Imuniti Selamatkan Azeva & Anggrek

Astrogempak TTMM (2)

Sekilas

  • Dalam minggu ketujuh Talk To My Manager 2, Datuk A.Aida dan Azeva serta Adira dan Anggrek diselamatkan menggunakan 'golden card' dan imuniti oleh juri dan penaja.
  • Pasangan Hussain dan Jamilulhayat berjaya memikat juri dengan lagu Dinda dan menduduki tempat pertama minggu ini.
  • Program ini dikendalikan oleh Aznil Nawawi dan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria, dengan penilaian berdasarkan 60% pengurus dan 40% artis.

Pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2) menyaksikan dua pasangan bintang program tersebut  iaitu Datuk A.Aida dan Azeva serta Adira dan Anggrek pulang pada minggu ketujuh. 

Bagaimanapun, barisan juri tetap, Datuk AC Mizal dan Che Puan Sarimah Ibrahim membuat keputusan untuk menggunakan 'golden card' untuk menyelamatkan Adira dan Anggerek. 

Sementara itu, Datuk A.Aida dan Azeva juga menghela nafas lega selepas pihak penaja, Dr. Kartika Wati membuat keputusan untuk menggunakan imuniti. 

Pada masa sama, Hussain dan Jamilulhayat berjaya menambat hati juri dengan persembahannya menerusi lagu Dinda nyanyian asal Masdo sekali gus meletakkan mereka di kedudukan pertama.

Mari kita recap komen untuk semua bintang Talk To My Manager 2 minggu ketujuh: 

Pak Azad X Amarra - Lose Yourself   

Datuk AC Mizal: Cara awak nyanyi tu sebenarnya susah, tapi awak buat persembahan yang sangat bagus. Awak dah buktikan diri awak menerusi lagu ini. Awak akan jadi seorang artis, percaya pada diri awak saya sangat bangga dengan awak. 

Jamilulhayat X Hussain - Dinda  

Che Puan Sarimah Ibrahim: Lain macam ya cara keluar. Awak bukan sahaja on top, dan buckle up tapi hari ni awak on fire. 


Dato’ A.Aida X Azeva - Sial   

Misha Omar: Sebenarnya diawal nyanyian bila kita nak dive memang kita akan takut tapi nota pertama harus tepat. walaupun ramai cakap lagu balada senang tapi sebenarnya tidak sebab dia kena fokus dengan cerita. 

Gunakan pancaindera yang cantik sebaik mungkin. Bila nyanyi lagu balada kena gali emosi, dan bila kita nyanyi kemas orang akan nampak maksud lagu itu. 


Ani Maiyuni X Viviana - Seksis 

Datuk AC Mizal: Awak memang penyanyi yang penuh karakter, itu bukan senang untuk dibawa. Hari ni nampak berbeza sebab you dah keluar dari sangkar. Awak lebih selesa, mungkin awak adalah salah seorang finalis. 

 

Safura X Kim Khairii - Alamak

Che Puan Sarimah Ibrahim: Yang saya suka dalam persembahan awak, ada pelbagai genre. Apa yang ada dekat awak adalah keyakinan yang sangat tinggi, macam dah jadi artis sangat lama. 

Cakap pasal bajet dan bakat, bakat itu penting. 


Dato’ Sri Vida X Cik B - Lagu Untukmu

Misha Omar:  Kalau mainan orang kaya ni lain, awak sangat bertuah dilahirkan menjadi anak DSV yang sanggup berhabis duit untuk persembahan 2 minit. 

Sepatutnya lagu ini dibaluti dengan kemewahan vokal namun saya silap dengan ada visual ini ia nampak mewah. 
Bila kita nyanyi sebutan tu perlu bulat dan perlu sebutir.

 

Adira X Anggrek - Golden  

Datuk AC Mizal: Persembahan memang dasyat, awak dah macam jentik-jentik. Persembahan macam international. Manager sangat bagus mempersiapkan artis, Kalau awak pergi konsert BLACKPINK dah boleh masuk kumpulan itu. 


Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement