Skip to main content

Hiburan

Eyka Farhana, Akhyar Rashid Bakal Timang ‘Cahaya Mata’ Tidak Lama Lagi

vddf

Sekilas

  • Pelakon Eyka Farhana mengumumkan kehamilan anak sulungnya menerusi hantaran Instagram bersama suami, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid.
  • Eyka berkongsi kapsyen menyatakan kegembiraan mereka menerima anugerah terbesar itu, sambil menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat.
  • Eyka dan Akhyar mendirikan rumah tangga pada 2 Mei lalu dalam majlis tertutup di Boathouse by The Lake, Ampang, Kuala Lumpur.

Pelakon Eyka Farhana berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini hamil anak sulung. 

Berita tersebut dikongsikan Eyka menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan video romantis dirinya bersama suami, pemain bola sepak kebangsaan Akhyar Rashid. 

“Daripada dua hati menjadi tiga. Masya-Allah Tabarakallah, anugerah terbesar kami sedang dalam perjalanan,” katanya,” tulis Eyka pada ruangan kapsyen.

Perkongsian itu menerima ucapan tahniah daripada rakan artis serta peminat yang rata-rata meluahkan rasa teruja dan mendoakan agar kehamilan Eyka dipermudahkan.

Untuk rekod, Eyka mendirikan rumah tangga dengan Akhyar Rashid pada 2 Mei lalu.

Pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Boathouse by The Lake, Ampang, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

SCVCN Cycling/Running Sunglasses 1 Lens for Unisex

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

READY STOCK Pajama Wanita Saiz Besar Camisole + Seluar Pendek - ILONA

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement