Skip to main content

Selebriti

Beby Maembong Nasihat Jangan Cepat Naik Angin Dengan Pelanggan - “Kalau ‘Customer’ Minta Gambar Pun Dah Sentap, Belum Jumpa Yang Level ‘Boss’ Lagi”

Beby Maembong

Sekilas

  • Beby Maembong menegaskan peniaga perlu bersedia menghadapi pelbagai ragam pelanggan termasuk soalan bertubi-tubi dan permintaan gambar produk tanpa mudah melatah.
  • Beby mengingatkan peniaga supaya kekal profesional dan tidak membiarkan emosi menguasai ketika berurusan dengan pelanggan.
  • Netizen turut bersetuju bahawa peniaga harus sabar dan menerima permintaan pelanggan sebagai perkara biasa dalam dunia perniagaan.

Pelakon dan usahawan, Beby Maembong berkongsi pandangannya mengenai sikap segelintir peniaga yang mudah melatah ketika berurusan dengan pelanggan.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Beby berpendapat pelanggan yang bertanyakan banyak soalan, meminta gambar produk atau menghubungi penjual berkali-kali merupakan perkara biasa dalam dunia perniagaan.

Malah kata Beby, peniaga yang harus bersedia berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan dan tidak seharusnya membiarkan emosi mengatasi sikap profesional.

“Sis, kalau ‘send gmbrt veil’ pun dah buat awak sentap, saya risau awak belum jumpa customer level boss lagi.

“Ada customer maki. Ada customer spam 20 kali.

Ada customer tanya harga yang dah terang-terang tertulis. Ada customer hilang terus lepas 100 soalan. Welcome to business,” tulisnya.

Beby berkata demikian sebagai respon kepada seorang individu yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pelanggannya.

Difahamkan pelanggan itu bertanya mengenai produk yang dijual sebelum meminta peniaga itu meminta untuk menghantarkan gambar produk berkenaan.

“Maafla sis tengah emotional so mendapat lah kau. Dia ingat aku bibik kot bagi ayat suruhan macam tu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Beby juga seseorang itu perlu menilai semula tahap kesediaan mereka untuk berniaga sekiranya perkara-perkara kecil sudah cukup membuatkan mereka hilang sabar dengan mudah.

“Kalau sesimple ni pun dah trigger emosi sampai customer kena sound, ask yourself again, are you ready to do businesses?

“Any situation seller tetap kena kekal professional. Jangan ikut perangai customer,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata netizen juga bersetuju dengan pandangan Beby dan berpendapat peniaga tidak seharusnya cepat melatah jika pelanggan meminta untuk melihat atau menjelaskan infomasi dengan lebih lanjut mengenai barang jualan mereka.

Sumber: Threads @bebymaembong

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement