Skip to main content

Indonesia

Berat Turun 50 KG, Ivan Gunawan Terharu Kini Boleh Duduk Di Kerusi Ekonomi

Astro Gempak iwan kurus

Sekilas

  • Ivan Gunawan, pereka fesyen terkenal Indonesia, berkongsi kegembiraan selepas berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50 kg.
  • Selepas penurunan berat badan, Ivan kini boleh duduk di kerusi kelas ekonomi pesawat, berbanding sebelum ini hanya mampu duduk di kelas perniagaan.
  • Ivan mula mengamalkan gaya hidup sihat dan diet teratur sejak tahun 2021 untuk mencapai perubahan positif ini.

Hoş televisyen dan pereka fesyen terkenal Indonesia, Ivan Gunawan menarik perhatian peminat menerusi perkongsian terkini di akaun media sosialnya.

Dalam perkongsian tersebut, Ivan dilihat sedang menaiki pesawat untuk menuju sebuah destinasi. Hal yang menarik perhatian adalah Ivan dengan teruja memberitahu dirinya terharu kerana setelah sekian lama, dia kini boleh duduk di kerusi kelas ekonomi berbanding hanya duduk di kerusi kelas  perniagaan saat menaiki kapal terbang.

Hal yang demikian kerana berat badannya yang pernah mencecah sehingga 185 kilogram sebelum ini. Namun, selepas kehilangan sekitar 50 kg, Ivan terharu kerana penurunan berat badan itu membolehkannya kembali duduk dengan selesa di kerusi kelas ekonomi.

Menerusi beberapa siri foto yang dikongsikan, Ivan turut meluahkan perasaan terharu.

“Sangat teruja. Edisi merayakan turun berat badan 50 kg, Ivan naik pesawat kelas ekonomi.

“Bersyukurlah kerana apa yang anda miliki saat ini adalah keinginan orang lain.

“Bagi sebahagian orang, ini biasa sahaja, tapi ini adalah momen berharga bagi orang yang mencapainya,” tulis Ivan pada beberapa foto yang dikongsikan.

Sebelum ini Ivan mendedahkan dia mula mengamalkan cara hidup sihat serta diet teratur untuk menurunkan berat badannya yang berlebihan demi kesihatan. Dia diketahui memulai usaha menurunkan berat badan sejak tahun 2021.

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16154 Jaket Softshell Slim-Fit S-XXL | Water-Resistant Slim-Fit Softshell Jacket

ELGINI E16154 Jaket Softshell Slim-Fit S-XXL | Water-Resistant Slim-Fit Softshell Jacket

《Mega Deal》Plus Size Adjustable Bra Bamboo Charcoal Simple and Thin Wireless Bra Without Rims

《Mega Deal》Plus Size Adjustable Bra Bamboo Charcoal Simple and Thin Wireless Bra Without Rims

[NEW] PUMA Unisex Portugal ftblCulture Ball

[NEW] PUMA Unisex Portugal ftblCulture Ball

【50PCS】Disposable Shoe Cover PP Boot Protector Elastic Waterproof Overshoes Thick Rain Mud Dust Barrier Outdoor Indoor

【50PCS】Disposable Shoe Cover PP Boot Protector Elastic Waterproof Overshoes Thick Rain Mud Dust Barrier Outdoor Indoor

North Harbour Plain Polo Tee Baju Berkolar Collar Shirt Baju Lelaki Baju Polo Unisex Cotton Polyester Gildan NHB2400 E

North Harbour Plain Polo Tee Baju Berkolar Collar Shirt Baju Lelaki Baju Polo Unisex Cotton Polyester Gildan NHB2400 E

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

【READY STOCK】Socks Men Sport Socks Stoking Sukan Premium Stokin Profesional Larian Bola Sepak Running socks men

Must Watch Video

Advertisement