Sekilas
- Akim Ahmad berkongsi pesanan bapanya supaya membaca doa sebelum mengaji Al-Quran bagi mengelakkan kesalahan dalam bacaan.
- Doa yang dikongsi oleh Akim mengandungi permohonan agar diberikan hikmah, rahmat, dan ingatan dalam mengaji.
- Akim menasihatkan supaya bertanya kepada yang lebih berilmu mengenai bacaan Al-Quran, sambil menegaskan pentingnya yakin dan berdoa.
Perkongsian penyanyi dan komposer Akim Ahmad mengenai pesanan bapanya menerusi Threads meraih perhatian wargamaya.
Menerusi perkongsian itu, suami kepada penyanyi Stacy Anam ini berkata dia sentiasa ingat pesanan bapanya yang berpesan agar membaca doa sebelum memulakan mengaji Al-Quran.
“Ayah pesan saya, ‘Akim, baca Al-Quran jangan lupa baca doa, mudahan bila dengan berdoa, Al-Quran tak laknat kita bila ada kesalahan dalam bacaan’.
“Wallahualam bissawab
اللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ، وَانْشُرْ عَلَيْنَا رَحْمَتَكَ، وَذَكِّرْنَا مَا نَسِينَا يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ
“Allahummaftah ‘alaina hikmataka, wansyur ‘alaina rahmataka, wa zakkirna ma nasina, ya zal jalali wal ikram,” kongsinya.

Dalam pada itu seorang individu tertarik dengan perkongsian tersebut dan bertanyakan kepada Akim adakah dia perlu teruskan bacaan Al-Quran dah perlahan-lahan. jika dia tersalah tajwid atau sebutan.
Bagaimanapun Akim memberitahu persoalan itu sepatutnya ditujukan kepada yang lebih berilmu.
“Kena tanya orang yang lebih berilmu. Untuk saya, dah baca doa, yakin, inshaAllah Allah ampunkan, tambah pula tadi bacaan perlahan-lahan, memang class.
“Allah kan Maha Pengampun lagi Penyayang. Wallahualam bissawab,” katanya.