Skip to main content

Hiburan

Bawa Watak ‘Penyondol’, Mawar Rashid Tak Sanggup Tengok Lakonan Sendiri - “Memang Sangat Mencabar…”

ASTROGEMPAK Mawar (1)

Sekilas

  • Mawar Rashid mengakui watak Anabella dalam drama Ikatan Terlarang sangat mencabar dan dia tidak sanggup menonton semula babak lakonannya sebagai perampas.
  • Dia berasa kekok ketika penggambaran adegan intim bersama pelakon Hisyam Hamid dan mendapat sokongan daripada pengarah serta pelakon lain.
  • Mawar menerima pelbagai kecaman dan mesej kasar di media sosial, namun menganggap itu sebagai tanda lakonannya berjaya memberi impak kepada penonton.

Membawa watak sebagai perampas atau ‘penyondol’, pelakon, Mawar Rashid mengakui dia tidak sanggup menonton semula babak lakonannya dalam drama Ikatan Terlarang.

 

Mawar yang memegang watak sebagai Anabella berkata, karakter tersebut antara yang paling mencabar sepanjang bergelar pelakon kerana perlu membawakan sisi seorang wanita yang sanggup merosakkan rumah tangga orang lain.

 

“Memang sangat mencabar. Kalau nak tengok babak-babak saya menyondol itu, saya sendiri rasa tak sanggup nak tengok.

 

“Malah episod baharu pun saya belum tonton lagi sebab masih belum cukup berani. Kena kumpul semangat dulu,” katanya kepada Gempak. 

 

Mawar berkata demikian ketika ditemui pada program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

 

Mengulas mengenai adegan intim bersama pelakon Hisyam Hamid, Mawar mengakui dia berasa sangat kekok sepanjang penggambaran kerana perlu keluar daripada zon selesanya.

 

“Memang kekok sangat-sangat. Sebelum ini watak saya menggoda biras, sekarang pula menggoda ayah mentua. Itu yang buat saya tertanya-tanya macam mana nak tengok semula babak-babak itu. Memang sangat mencabar.

 

“Masa penggambaran pun bukan mudah nak menjayakan babak-babak ‘penyondol’ itu. Syukur sebab abang Reza selaku pengarah sangat membantu.

 

“Dia banyak beri tunjuk ajar tentang ekspresi wajah dan emosi yang perlu ditonjolkan. Abang Hisyam pun banyak memberi sokongan sepanjang penggambaran,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, Mawar berkata dia menyedari watak Anabella menerima pelbagai kecaman daripada penonton, namun menganggap reaksi tersebut sebagai petanda lakonannya berjaya memberi impak.

 

“Bagi saya, kalau orang kecam, maknanya watak itu menjadi. Ramai juga yang pesan supaya jangan baca komen sebab takut mental tak kuat.

 

“Tapi bagi saya, bila orang betul-betul benci dengan watak itu, saya rasa gembira sebab itu menunjukkan lakonan saya sampai kepada penonton,” katanya lagi. 

 

Tambah Mawar, dia juga ada menerima pelbagai mesej berbaur kecaman di media sosial, malah ada yang memanggilnya dengan gelaran 'penyondol' sehingga menggunakan kata-kata kesat.

 

“Saya memang ada terima mesej kecaman. Itu kali pertama sepanjang saya berlakon, saya menerima mesej secara rawak daripada orang yang memaki saya.

 

“Mereka gunakan kata-kata kasar, panggil saya ‘penyondol’ dan macam-macam lagi. Tetapi saya faham mereka marah kepada watak yang saya bawa, bukan kepada diri saya yang sebenar.

 

“Sebagai pelakon, itu adalah sebahagian daripada cabaran. Saya cuma berharap penonton dapat membezakan antara karakter dalam drama dan kehidupan sebenar,” ujarnya. 

Anda mungkin berminat dengan

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Short Sleeve T-shirt Set Men Summer Two Piece Sets Baju T Shirt Lelaki Sports Set Men Fashion Casual Set Summer Korean Short-sleeved T-shirt Men's Two-piece Shorts T-shirt

Short Sleeve T-shirt Set Men Summer Two Piece Sets Baju T Shirt Lelaki Sports Set Men Fashion Casual Set Summer Korean Short-sleeved T-shirt Men's Two-piece Shorts T-shirt

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must Watch Video

Advertisement