Skip to main content

Hiburan

Dai Fuad Rupanya Graduan Undang-Undang, ‘Terjun’ Ke Dunia Seni Selepas Pandemik - “Saya Rasa Semua…”

Dai Farhan

Sekilas

  • Dai Fuad, graduan undang-undang, beralih ke bidang seni selepas peluang kerjaya sebagai peguam terjejas akibat pandemik COVID-19.
  • Dia mula mencuba bidang muzik sebelum terjun ke dunia lakonan dan kini dikenali melalui drama Good Boys Go To Heaven (GBGTH).
  • Walaupun keluarga awalnya risau, mereka kini bangga dengan kejayaan Dai dalam industri seni selepas melihat prestasinya dalam GBGTH.

Siapa sangka, pelakon meningkat naik yang kini mencipta fenomena dengan watak Nahar menerusi drama premium Astro Original terbitan Astro Shaw, Good Boys Go To Heaven (GBGTH) iaitu Dai Fuad merupakan seorang graduan undang-undang yang kini beralih ke profesion yang berlainan.

Menurut Dai Fuad, keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai peguam bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya berlaku selepas perjalanan hidupnya berubah susulan pandemik COVID-19 yang memberi kesan besar terhadap peluang kerjaya awalnya.

“Kalau nak go back lagi, saya sebenarnya seorang graduan undang-undang yang kini bertukar profesion.

“Saya dah habis semua, lepas tu dalam tempoh nak start kerja sebagai lawyer junior, pandemik pula datang. Bila tu, memang tak ada orang ambil pekerja baru, semua orang ‘downsize’,” katanya kepada Gempak.

Dai berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Finale Watch Party drama lakonannya, Good Boya Go To Heaven yang bertempat di Yap Ah Shak House, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bercerita lanjut, Dai memaklumkan dia mula mengorak langkah dengan mencuba nasib dalam bidang muzik sebelum perlahan-lahan melangkah ke dalam dunia lakonan.

“Saya kemudiannya beranikan diri ceburi bidang seni yang secara kebetulannya memang dah lama dalam hati ni nak ceburi bidang muzik.

“Jadi saya cuba, saya buat dulu  supaya saya tak ada rasa kesal tetapi tapi kurang menjadi pada awalnya. Selepas itu saya mula nak kembali kepada dunia undang-undang tetapi secara tiba-tiba karier lakonan pula datang.

“Jadi, dia dia tersusun tersusun macam itu, sangat cantik dan saya tak persoalkan sebab  kalau itulah susunannya dan saya terima,” katanya lagi.

Mengulas mengenai stigma orang ramai yang merasakan kerjaya dalam bidang undang-undang lebih stabil berbanding dunia seni, Dai mengakui bahawa setiap pilihan yang dibuat pasti datang dengan risikonya sendiri.

“Saya tak boleh nafikan industri seni ni ada pasang surut. Hari ini orang nak, esok orang tak nak. Tapi saya pilih untuk cuba untuk menceburi bidang seni,” ujarnya.

Ditanya mengenai reaksi keluarga, Dai mengakui ibu bapanya pada awalnya berasa bimbang dengan keputusan tersebut, namun tetap memberikan sokongan walaupun penuh kerisauan.

Dan selepas beberapa tahun, Dai meluahkan rasa gembira kerana keputusannya untuk menceburi bidang seni akhirnya mengukir senyuman di pipi kedua orang tuanya selepas melihat kejayaannya dalam drama GBGTH.

“Ibu bapa mana yang tak risau kan. Tapi saya cakap saya nak buat sampai habis, nak cuba betul-betul. Saya tak nak give up tengah jalan. Saya nak buktikan sesuatu.

“Dan bila keluar projek GBGTH, saya nampak reaksi parents saya. Saya nampak mereka bangga walaupun sikit, tapi cukup buat saya bersemangat untuk teruskan,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement