Skip to main content

Berita

RTM, Astro Perkukuh Kerjasama Perhebat Pembangunan Kandungan Tempatan

TB ASTRO RTM AWANI

Sekilas

  • RTM dan Astro bersetuju memperkukuh kerjasama strategik untuk memperluas penyiaran saluran RTM di platform Astro termasuk Sukan+, Berita RTM dan rangkaian radio RTM.
  • Kerjasama ini bertujuan merancakkan pembangunan kandungan tempatan, memperkasa bakat kreatif, dan menyokong pertumbuhan industri media yang mampan serta relevan.
  • Rakyat Malaysia akan terus menikmati saluran TV1, TV2, TV Okey serta saluran RTM yang diperluas melalui Astro, NJOI dan Sooka dalam masa terdekat.

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Astro Malaysia Holdings Berhad bersetuju memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan kandungan berkualiti terus dapat dinikmati rakyat melalui pelbagai platform penyiaran.

Menerusi satu kenyataan bersama hari ini, kedua-dua pihak menyambut baik peluasan penyiaran saluran RTM di platform Astro termasuk saluran Sukan+, Berita RTM serta rangkaian radio RTM.

Kedua-dua pihak berpandangan landskap media massa kini memerlukan pendekatan lebih progresif dan inklusif, selaras dengan perkembangan teknologi serta perubahan corak penggunaan media.

Melalui kerjasama itu, RTM dan Astro komited memperluas inisiatif yang mampu merancakkan pembangunan kandungan tempatan selain memperkasa bakat kreatif negara.

Ia juga bertujuan menyumbang kepada pertumbuhan industri media yang lebih mampan, berdaya saing serta relevan dengan kehendak semasa.

Inisiatif berkenaan dijangka memperluas akses rakyat kepada kandungan awam yang berkualiti, dipercayai dan relevan, sekali gus memperkukuh penyampaian maklumat berkepentingan nasional.

RTM dan Astro turut berkongsi aspirasi untuk mewujudkan ekosistem media yang mampan, mesra pengguna serta memberikan nilai terbaik kepada rakyat.

Seiring perkembangan teknologi dan kepelbagaian platform media, kedua-dua pihak yakin kerjasama erat antara pemain industri penting bagi memastikan kandungan berkualiti terus diakses dengan kos berpatutan.

Dalam perkembangan sama, rakyat Malaysia akan terus menikmati saluran TV1, TV2 dan TV Okey melalui platform Astro, NJOI dan Sooka.

Peluasan saluran RTM termasuk Berita RTM, Sukan+ serta radio RTM dijangka mula tersedia kepada pelanggan Astro dalam masa terdekat.

Kerjasama diperkukuh itu diyakini mampu memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi serta memperkukuh industri media tempatan secara keseluruhan.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement