Skip to main content

Selebriti

Chacha Maembong Tak Kisah Dikecam, Anggap Watak Harlina Berjaya Buat Penonton Marah - “Bila Orang Benci, Maksudnya…”

Chacha Maembong

Sekilas

  • Chacha Maembong mengakui watak Harlina dalam Dendam Seorang Mentua memberi tekanan mental kerana banyak babak penuh konflik dan pertengkaran.
  • Cabaran utama Chacha adalah memastikan perkembangan karakter Harlina kelihatan semakin hidup dan realistik di mata penonton.
  • Chacha bersyukur watak antagonisnya berjaya menimbulkan rasa benci penonton, yang dianggap sebagai ukuran keberkesanan lakonannya.

Pelakon Chacha Maembong mengakui watak Harlina dalam Dendam Seorang Mentua bukan sahaja mencabar, malah memberi tekanan dari segi mental.


 

Menurut Chacha, watak tersebut menuntut komitmen emosi yang tinggi memandangkan kebanyakan babaknya dipenuhi dengan konflik dan pertengkaran.


 

“Sejujurnya watak ini memang penat… bukan penat dari segi fizikal tapi mental sebab kita nak kena fikir cara jerit itu level mana, nak kena tengok level yang annoying atau tak.


 

“Lepas itu dialog senang cakap satu hari itu dari pagi sampai malam mostly semua babak bergaduh la, hari-hari gila saja,” katanya kepada Gempak.


 

Tambahnya lagi, cabaran utama adalah memastikan perkembangan karakter Harlina dapat digarap dengan baik agar kelihatan semakin ‘hidup’ di mata penonton.


 

“Jadi penat itu, penat mental la nak fikir macam mana nak bawakan karakter itu yang makin lama makin berkembang,” ujarnya.


 

Dalam pada itu, Chacha turut meluahkan rasa syukur apabila watak antagonis yang dibawanya berjaya menimbulkan rasa benci dalam kalangan penonton.


 

“Alhamdulillah, sebab bila orang benci itu, maksudnya watak itu menjadi. Dan yang mana yang kena kecam itu semua saya tak letak mereka kecam pada Chacha.


 

“Mereka kecam pada Harlina. Jadi tak rasa macam sedih ke apa… sebab saya tahu yang mereka marah itu adalah Harlina,” katanya.


 

Menurutnya, kecaman yang diterima sebenarnya menjadi kayu ukur terhadap keberkesanan lakonannya sebagai watak antagonis.


 

“Kalau saya bawa watak antagonis, orang tak marah, bagi saya macam saya tak bawa watak itu dengan baik. Kita nak orang rasa itu, biarkan orang kecam,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Must Watch Video

Advertisement