Sekilas
- Anes Ayunie berkongsi pengalamannya terpaksa membuang rahim akibat komplikasi serius ketika melahirkan anak.
- Dia menerima takdir tersebut dengan reda dan berazam untuk mengejar impian dunia dan akhirat melalui ibadah dan amalan.
- Walaupun rahim dibuang, Ayunie menjelaskan dia tidak mengalami menopaus kerana kilang telur masih ada.
Pempengaruh dan usahawan Anes Ayunie mengakui dia banyak menangis terpaksa membuang rahim selepas mengalami komplikasi serius ketika melahirkan anaknya.
Menerusi perkongsian di Threads, Ayunie bagaimanapun menerima takdirnya dengan reda dan menganggap ia merupakan satu peluang untuk dirinya mengejar impian dunia akhirat.
“Saya sebenarnya banyak menangis sebab sedih fasal rahim dah tak ada, tapi fikir balik, Allah maha baik banyak sangat dah Allah bagi nikmat di usia 20 an.
“Sejak bertahun-tahun dah Allah tunaikan macam-macam. Mungkin Allah nak aku penuh solat puasa, mungkin Allah nak lepas ini aku hargai masa yang ada kejar impian dunia akhirat.
“Live to the fullest, yelah dah berderet saya pregnant macam-macam hal saya tunda. Tak apala Ya Allah Nikmat mu itu terlebih banyak dari apa yang kau ambil,” kongsinya.
Pada perkongsian lain, bekas adik ipar pempengaruh Iqbal Zulkifli ini berkata dia berharap akan menjadi seorang muslimah yang lebih baik dengan memenuhikan masa dengan ibadah dan amalan.
“Lepas ini dah tak ada period tapi saya minta ‘Ya Allah kau dah ambil rahim aku, maka kau jadikan diri aku hamba yang ketagih dengan melakukan ibadat terhadap Mu, hamba yang merasa manisnya setiap amalan, hamba yang takboleh jauh dari mu walaupun sehari sesaat. Rajinkan aku untuk mengejar akhiratmu. Amin!’,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ayunie turut menjelaskan biarpun rahimnya sudah dibuang namun dia tidak mengalami monopus memandangkan masih mempunyai kilang telur.
“Ya rahim dibuang tapi kilang telur saya tak dibuang hanya tiada haid bukan monopos tau,” katanya.
Sumber - Threads