Sekilas
- Video menunjukkan pelakon Fasha Sandha mendukung Ezu Hashim ketika menuruni bukit, menarik perhatian wargamaya.
- Ezu berkongsi momen itu sebagai kenangan manis dan mengucapkan terima kasih atas bantuan Fasha yang kuat mengangkatnya.
- Rata-rata netizen memuji kekuatan Fasha yang mampu mengangkat Ezu walaupun dalam keadaan menurun bukit.
Video memperlihatkan pelakon Fasha Sandha mendukung aktres Ezu Hashim di belakang badannya ketika menurun bukit menarik perhatian wargamaya.
Momen tersebut bukan sahaja menghiburkan, malah turut mengundang pelbagai reaksi positif daripada netizen yang kagum melihat kekuatan Fasha mengangkat Ezu dalam situasi berkenaan.
Bagi Ezu, insiden itu menjadi kenangan manis antara mereka yang membawakan watak Sofea dan Mariana.
“LOVE OF MY LIFE. Kenangan sangat. Sofea dan Mariana. Nak beritahu, jatuh tu tak sakit... tapi malu tu yang makan dalam,” kongsinya.
Dalam masa sama, Ezu turut menzahirkan penghargaan kepada Fasha yang sanggup membantunya walaupun perlu mengerah tenaga untuk mendukungnya.
“Apa-apa pun, terima kasih @fashasandha wanita hebat, mana datang tenaga dia, larat eh dia angkat kita yang seberat itu... love you Girl ❤️,” katanya lagi.
Rata-rata wargamaya memuji kekuatan isteri kepada aktor Aidil Aziz itu mampu mengangkat Ezu.
“Kuatnyaaaa… turun bukit pula tu.
“Kuat gila weiii ampa girl… turun bukit wei,” komen beberapa wargamaya.