Sekilas
- Viviana sebak terima hadiah iPad daripada rakan baiknya, Cik B, yang juga peserta Talk To My Manager 2.
- Viviana akui jarang dapat hadiah mahal daripada kawan dan selalu beli sendiri barang mahal.
- Cik B gembira dapat tunaikan permintaan Viviana walaupun mereka sudah tidak bersama dalam Talk To My Manager.
Penyanyi Viviana tidak dapat menahan rasa sebak apabila menerima hadiah istimewa daripada rakan baiknya yang juga peserta Talk To My Manager 2 (TTMM2) iaitu Cik B.
Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, Viviana mengakui dia tidak pernah dapat hadiah mahal daripada kawan.
“Saya tak pernah dapat hadiah mahal macam ini daripada kawan… saya takut. Saya tak pernah minta pun tapi betul la Cik B seorang kawan yang baik.
“Saya tak nak la barang-barang mahal macam ini. Selalu kalau barang mahal, saya beli sendiri,” katanya yang menerima hadiah sebuah iPad.
Bekas peserta Talk To My Manager 2 itu juga menitipkan doa buat rakan baiknya agar sentiasa dimurahkan rezeki.
Dalam pada itu, Cik B turut meluahkan rasa gembira apabila dia dapat memberikan apa yang rakannya mahukan.
“Walaupun kita dah tak dekat Talk To My Manager, awak tetaplah ingat saya bila awak belajar guna ipad. Saya sebenarnya lebih gembira… gembira bila saya dapat berikan apa yang kawan saya nak,” katanya.
Sumber - Threads