Skip to main content

TERBANG Perkenal Barisan Pelakon, Jalin Kolaborasi Strategik Bersama STING

Astro Gempak 357

Sekilas

  • Filem aksi rali TERBANG memperkenalkan barisan pelakon utama dan mengumumkan kolaborasi strategik bersama jenama minuman bertenaga STING.
  • Majlis Rumah Terbuka Raya TERBANG dianjurkan oleh Astro Shaw dengan kehadiran media, tetamu jemputan, dan anak yatim dari PEKEAS.
  • Filem ini mengisahkan perjuangan pelumba rali Ajeet yang bangkit selepas trauma kemalangan dan dijangka ditayangkan di pawagam tahun ini.

Filem aksi rali, TERBANG  memperkenalkan barisan pelakon secara rasmi selain mengumumkan kolaborasi strategik bersama jenama minuman bertenaga, STING.

Majlis TERBANG Rumah Terbuka Raya yang dianjurkan oleh Astro Shaw berlangsung meriah dalam suasana Aidilfitri dengan kehadiran rakan media, tetamu jemputan serta 32 anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan Ehsan As Shakur (PEKEAS).

Acara tersebut turut menjadi platform memperkenalkan barisan pelakon filem berkenaan yang terdiri daripada Irfan Zaini, Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Shweta Sekhon, Michael Helfman, Diana Danielle, Luqman Hafidz dan Qasrina Karim.

TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup legenda pelumba rali negara, Karamjit Singh dan diarahkan oleh Chiu Keng Guan yang sebelum ini terkenal dengan karya pecah panggung seperti The Journey dan OlaBola.

Menurut Ketua Astro Shaw merangkap Penerbit Eksekutif filem tersebut, Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya berbesar hati dapat meraikan Aidilfitri bersama semua pihak terlibat selain memperkenalkan rakan strategik baharu.

“Selari dengan tema dunia perlumbaan rali yang penuh intensiti, kami yakin kolaborasi ini memperlihatkan sinergi unik.

“Kami tidak sabar untuk mempersembahkan TERBANG di pawagam tidak lama lagi,” katanya.

vdvdfv

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, kerjasama tersebut bukan sekadar penajaan, sebaliknya melibatkan pendekatan penceritaan yang lebih menyeluruh.

“STING bukan sekadar jenama, tetapi simbol tenaga dan keberanian yang selari dengan semangat filem ini.

“Kami mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan kisah yang penuh inspirasi ini,” ujarnya.

Melalui kolaborasi tersebut, pelbagai inisiatif menarik bakal dilaksanakan termasuk kandungan digital eksklusif, aktiviti interaktif bersama peminat serta kempen media sosial yang mengetengahkan tema ketahanan dan kebangkitan diri.

TERBANG mengisahkan perjalanan Ajeet, seorang pelumba rali yang berdepan trauma akibat kemalangan tragis sebelum bangkit semula ke trek bersama pasukan PERT Malaysia.

Filem tersebut diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama beberapa produksi lain termasuk EJJ Films, Enotech Pictures, Pegasus Motion Pictures dan Aventure Space serta dijangka menemui penonton di pawagam tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must-Watch Video

Advertisement