Skip to main content

Hiburan

Ariel Sedang ‘Hiatus’, Mungkin Tidak Sertai Konsert The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita Di Kuala Lumpur

Astro Gempak 534

Sekilas

  • Ariel kini sedang berehat dari aktiviti bersama Peterpan dan Noah untuk fokus pada kerjaya solo serta projek kolaborasi lain.
  • Konsert The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita akan berlangsung pada 11 Julai di Idea Live Arena, Petaling Jaya tanpa kehadiran Ariel.
  • Konsert ini menampilkan anggota asal Peterpan dan beberapa artis jemputan terkenal dari Indonesia serta penyanyi popular Malaysia, Hael Husaini.

Peminat yang mengharapkan kemunculan vokalis terkenal Indonesia, Ariel pada konsert The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita Julai depan mungkin terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Menurut wakil penganjur Black Sky Enterprise, Thata Joyce Sigar, Ariel ketika ini sedang berehat daripada aktiviti bersama Peterpan dan Noah selain memberi tumpuan kepada perjalanan kariernya secara solo.

“Ariel kini sedang hiatus buat masa ini. Mungkin dalam satu hingga dua tahun ke depan, malah kita sendiri tidak tahu sampai bila dia akan berehat.

“Dia kini tidak bersama Peterpan mahupun Noah kerana sedang bergerak secara solo. Selepas baru sahaja selesai dengan penggambaran filem, Ariel kini lebih banyak terlibat dengan projek kolaborasi bersama artis lain,” katanya.

Thata berkata demikian ketika ditemui pada sidang media The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita yang berlangsung di Bandar Sunway baru-baru ini.

Bagaimanapun, Thata menjelaskan perjalanan Peterpan ketika ini tetap mendapat sokongan Ariel yang mahu rakan-rakannya terus berkarya dan menghidupkan legasi kumpulan tersebut.

“Ariel sendiri mahu rakan-rakannya tetap berkarya. Sebab itu Peterpan kini bergerak sebagai sebuah band.

“Walaupun perjalanan Peterpan ini tetap melibatkan Ariel, apa yang pasti, ini adalah peluang untuk anak-anak muda mengenali Peterpan dengan lebih dekat,” ujarnya.

Konsert The Journey Continues – Peterpan, Semua Tentang Kita dijadual berlangsung pada 11 Julai depan di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Persembahan tersebut bakal menampilkan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra.

Turut memeriahkan konsert berkenaan ialah barisan artis jemputan terkenal Indonesia seperti Marcello Tahitoe, Tantri Syalindri, Rony Parulian, Arda Hatna dan Charly Van Houten.

Penyanyi popular tanah air, Hael Husaini turut diumumkan sebagai antara artis jemputan yang bakal membuat penampilan istimewa pada malam tersebut.

 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

Must Watch Video

Advertisement