Skip to main content

Berita

Terkini: Jaslinda Ditemui Selamat

Bakar isteri

Sekilas

  • Jaslinda Saludin, pendaki wanita yang hilang selama 14 hari di Gunung Batu Putih, Ipoh, ditemui selamat oleh penduduk kampung Orang Asli Lubuk Gaharu.
  • Foto menunjukkan Jaslinda dalam keadaan sihat sedang menikmati mi segera di sebuah pondok milik penduduk Orang Asli.
  • Jaslinda dilaporkan berhenti mendaki kerana masalah kesihatan dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei sebelum ditemui semula.

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak sejak 14 hari lalu ditemui selamat petang ini.

Penyelaras sukarelawan Orang Asli, Chew Ho Beng memberitahu BH mangsa ditemui penduduk kampung di kawasan perkampungan Orang Asli Lubuk Gaharu.

Bagaimanapun butiran lanjut belum diperoleh.

Berdasarkan foto dikongsi, Jaslinda kelihatan sihat sambil menikmati mi segera di sebuah pondok milik penduduk Orang Asli.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu, namun tidak mengulas lanjut.

BH masih berusaha mendapatkan butiran lanjut mengenai penemuan termasuk keadaan mangsa.

Jaslinda dilaporkan bersama-sama 13 lagi individu dan dua MGP memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti mendaki, bagaimanapun eksekutif rantaian bekalan di sebuah syarikat swasta itu dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat pada 24 Mei.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

Men's Bag RDN MJP 069 Distro Raindoz Bandung Backpack Cool Men's Backpack Sek BRAN NB-Tp BJ

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Manchester United Bottle Unisex Red IY0435

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football Liverpool FC Bottle Unisex Red JZ4451

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Small 13L Backpack in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

HER Half Moon 3L Bag in Lux Army by PUMA, One Size

Must Watch Video

Advertisement