Pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2), menyaksikan pasangan pengurus dan artis, Adira X Anggrek dinobat sebagai juara.
Hasil kemenangan tersebut telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 berserta trofi.
Tempat kedua disandang oleh Jamilulhayat X Hussain yang membawa pulang wang tunai RM15,000 manakala Datuk Seri Vida X Cik B berada di tempat ketiga membawa pulang RM10,000 dan trofi.
Bukan sahaja wang tunai malah mereka turut membawa pulang hadiah berupa emas tajaan payang jewellery dan pakej penginapan tajaan Seri Facific Hotel Kuala Lumpur.
Selain itu mereka juga menerima peruntukan pegurusan dan pemasaran tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah single.
Sementara itu, Datuk A.Aida X Azeva serta Safura X Kim Khairii memenangi tempat keempat, disusuli di tempat kelima dengan masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 berserta trofi.
Senarai penuh penuh pemenang Talk To My Manager 2 :
Juara: Adira X Anggrek
Naib Juara: Jamilulhayat X Hussain
Tempat Ke-3: Datuk Seri Vida X Cik B (Anugerah Manager Paling Loud & Proud)
Tempat ke-4: Datuk A.Aida X Azeva (Anugerah Manager Paling I Don't Care, I Want It, I Got It )
Tempat ke-5: Safura X Kim Khairii (Anugerah Manager Paling Trust The Process)
Manager Paling Perform: Jamilulhayat X Hussain (Cruise Travel & RM1010.10)
Anugerah Kasih Eskayvie: Adira X Anggrek (RM10,000)
Anugerah Manager Paling Luar Nampak Tenang Dalam Hati Siapa Yang Tahu
TTMM The Grand Finale dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.
Berlangsung selama 10 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.