Skip to main content

Berita

Berang Ibu Enggan Bayar Sewa Kondo, Anak Pandu SUV Masuk Kolam Renang

Astrogempak BERENANG

Seorang lelaki warga Thailand bertindak memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ke dalam kolam renang di Universiti Chulalongkorn selepas ibunya didakwa enggan membantu membayar sewa kondominium yang didiaminya.

Kejadian yang berlaku di kawasan kolam berhampiran Bangunan Sasapol itu menggemparkan warga kampus apabila sebuah SUV putih dilihat terjunam ke dalam air selepas merempuh pagar keselamatan di sekeliling kolam.

Polis dari Balai Polis Pathum Wan yang tiba di lokasi mendapati kenderaan tersebut separa tenggelam dengan bahagian hadapan mengalami kerosakan dan tiga pintu kenderaan juga didapati terbuka.

Pemandu berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Chin mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Charoenkrung Pracharak untuk mendapatkan rawatan.

Keadaan mangsa bagaimanapun belum didedahkan, manakala pihak berkuasa masih menyiasat sama ada terdapat penumpang lain di dalam kenderaan ketika kejadian.

Menurut laporan media tempatan, Chin dipercayai bertengkar dengan ibunya berhubung bayaran sewa kondominium.

Beliau dikatakan meminta ibunya membantu menanggung kos tersebut, namun permintaan itu ditolak.

Susulan pertikaian itu, Chin didakwa memandu ke kawasan universiti sebelum menuju ke arah kolam berkenaan.

Pengawal keselamatan dilaporkan cuba menghalangnya, namun lelaki itu dipercayai memecut kenderaannya sebelum merempuh pagar dan memasuki kolam.

Pihak polis memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian serta mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement